Produk Herba Untuk Memulihkan Dan Mencegah Demam Denggi, Zika Atau Chikungungya

Produk Herba Untuk Memulihkan Dan Mencegah Demam Denggi, Zika Atau Chikungungya

Produk Herba Untuk Memulihkan Dan Mencegah Demam Denggi, Zika Atau Chikungungya | Peniaga online yang bergiat aktif di media social perlu ingat bahawa iklan produk anda sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa. Masalah kesihatan yang kronik dan tidak disahkan pengubatnya perlu diberikan perhatian 200% agar tidak tersalah meletakkan tuntutan keberkesanan ubat herba tersebut untuk memulihkan atau mencegah penyakit tersebut.

Tagline seperti “terbukti boleh mengubati demam denggi”, “ubat herba ini berkesan mencegah dan mengubati demam denggi dan zika” adalah leading headline yang SALAH tanpa ada kelulusan daripada Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) atau melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tetang produk herba tersebut.


Penjualan Produk Herba Untuk Memulihkan & Mencegah Demam Denggi

Pada bulan Febuari lalu tahun ini, pihak KKM menerusi laman rasmi NPRA mengumumkan bahawa pihak KKM tidak pernah meluluskan sebarang produk herba dengan tuntutan boleh mencegah dan memulihkan demam denggi, Zika atau Chikungungya.

Berikut adalah keratan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Produk Herba Untuk Memulihkan Dan Mencegah Demam Denggi, Zika Atau Chikungungya


Seperti biasa, saranan daripada KKM agar kita bersama-sama meneruskan aktiviti pencegahan Denggi, Zika dan Chikungungya dimana jangkitan ini adalah berpunca daripada nyamuk Aedes. 

Aktiviti kawalan pembiakan nyamuk Aedes adalah penting, misalnya dengan memastikan bekas-bekas yang boleh menakung air dibersihkan atau dimusnahkan segera jika tidak diperlukan. Manakala bekas-bekas air yang sukar dikosongkan hendaklah diletakkan bahan pembunuh jentik-jentik. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala demam Denggi seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, ruam, loya, muntah atau gejala amaran awal seperti muntah berterusan, sakit perut atau keletihan.

Untuk makluman kita semua.

Semak kelulusan produk ubata-ubatan/herba di laman rasmi portal NPRA - Semak Sini

Catat Ulasan

0 Ulasan