bisnesaiskrim

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Untuk calon yang telah memohon jawatan PTD Gred M41 di laman web SPA, sila semak nama anda samada tersenarai sebagai calon exam ptd bulan mei ini atau tidak?

Peperiksaan PTD M41 sesi 2019/2020 akan diadakan secara online dengan format berbeza kali ini.
Saya akan kongsikan beberapa Contoh Soalan untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 dengan calon yang layak menduduki peperiksaan PTD nanti.


Pengambilan PTD Tahun 2019 

Daripada ribuan calon peperiksaan ini, hanya 300 orang calon sahaja akan diambil. Tapisan memang agak mencabar dan memerlukan persediaan dan pengorbanan tenaga yang lebih untuk lulus peperiksaan ini. Hanya calon yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang akan terpilih untuk ke tahap seterusnya iaitu PAC di INTAN seluruh negara nanti. Dengan adanya Exam PTD online ini, menjimatkan masa dan kos calon untuk mengambil peperiksaan dimana-mana sahaja mereka berada asalkan mempunyai jaringan internet.

Untuk tahun ini, jumlah kekosongan adalah sebanyak 400 orang manakala calon simpanan adalah sebanyak 30 orang.

Dah semak nama anda? Semak sini - http://e-semakan.spa.gov.my/ptd/


Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD Gred M41

Dibawah ini merupakan contoh-contoh soalan Pengetahuan AM PTD bagi peperiksaan SPA lepas yang disediakan khas sebagai panduan kepada calon PTD M41. Sebelum itu fahami dahulu, apa tujuan dan jenis soalan yang akan ditanyakan.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon akan diuji berkenaan PTD, hal diplomatic, pengurusan sumber eknonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sains, social, sukan agama dan isu semasa dalam dan luar negara.

Masa: 40 minit
Soalan: 50 (aneka pilihan)

Tujuan utama seksyen A ini adalah mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di sunia sekeliling pada amnya terutama sekali Malaysia dan luar negara.

Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD

Berikut merupakan antara contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang ditanya dalam Seksyen A – Pengetahuan AM yang lepas. Anda bolehlah jadikan contoh soalan ini sebagai rujukan untuk ulangkaji nanti.

1. Setiap teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah diketuai oleh seorang ketua yang akan melaporkan pencapaian kepada YAB Perdana Menteri. Ketua yang dilantik untuk setiap teras ialah
A. Menteri.
B. Ahli Parlimen.
C. Ketua Pengarah Jabatan.
D. Ketua Setiausaha Kementerian.

2. Di bawah RMK-10, Malaysia disasarkan beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Apakah sumber paling penting yang perlu diberi perhatian bagi membolehkan sasaran tersebut dicapai?
A. Sumber kewangan
B. Pelaburan Swasta
C. Teknologi tinggi
D. Modal Insan

3. Kerajaan telah menubuhkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek di bawah Dasar Penswastaan Negara. Unit tersebut dikawal selia di bawah
A. Kementerian Kewangan.
B. Kementerian Kerja Raya.
C. Jabatan Perdana Menteri.
D. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

4. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar berkenaan bentuk penswastaan yang telah dijalankan oleh Kerajaan melalui Dasar Penswastaan?
A. Pajakan – Kerajaan menyewakan aset kepada pihak swasta.
B. Penjualan Ekuiti - Kerajann menjual pegangan dalam entiti yang diswastakan.
C. Bina-Kendiri – Kerajaan membina aset/ kemudahan yang hendak diswastakan dan menyerahkan aset tersebut kepada pihak swasta.
D. Bina-Kendiri-Pindah – Sektor swasta membina aset/ kemudahan yang dikendalikan oleh Kerajaan dan kemudiannya dipindah milik semula kepada sektor swasta.

5. Matlamat “Order Baru Ekonomi Dunia” bertujuan untuk
A. memberi bantuan teknologi dan pemindahan teknologi.
B. memberi pinjaman kepada negara - negara membangun.
C. membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa yang sedia ada.
D. meningkatkan bantuan kewangan negara – negara perindustrian kepada negara
– negara Dunia Ketiga.


[ LIMITED] Ingin Dapatkan Rujukan PTD M41 Malaysia 2019 Terkini?

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Daftar percuma Nama dan Email dibawah ke dalam system kami untuk mendapatkan Hebahan Juala Panduan Peperiksaan PTD Gred M41 yang terkini. Hebahan jualan hanya akan dilakukan terus ke email calon yang mendaftarkan email sahaja.

Powered byEMF Online Order Form
Anda akan dibawa ke laman tempahan selepas anda mendaftar diatas. Sila periksa email untuk hebahan jualan panduan ini nanti. 

Catat Ulasan

0 Ulasan