8 Langkah Mudah Jana Duit Dari Survey Berbayar

8 Langkah Mudah Jana Duit Dari Survey Berbayar

Menjana duit sampingan atau pendapatan sampingan memang terdapat seribu caranya. Peluang yang ada pada masa kini, terbuka luas di mana-mana jaringan internet dan perkhidmatan. Kecanggihan teknologi membolehkan kita menyertai banyak peluang menjana komisen dan pendapatan sampingan. 

Untuk kali ini, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan hanya menjawab survey (kaji selidik) secara atas talian. 

Namun, sebelum saya terangkan langkah untuk jana duit melalui jawab survey ini, saya nak pastikan anda betul-betul berminat dan salah satu dalam kategori berikut:
  1. Pelajar yang nak cari duit saku
  2. Suri rumah yang nak tambah duit simpanan
  3. Suka dengan voucher PERCUMA KFC/Zalora/Aeon

Laman web menjawab survey ini sebenarnya ada banyak, ada yang menawarkan duit, voucher dan sebagainya. Namun, bukan semua survey adalah sesuai untuk anda! Bukan semua ahli yang berdaftar dengan laman web tersebut LAYAK untuk menjawab kaji selidik tersebut!

Pemilihan peserta/ahli yang boleh menjawab survey berkaitan akan ditapis mengikut umur, jantina, lokasi tempat tinggal, gaya hidup, dan sebagainya. Data ini merupakan data penting untuk analisis sesebuah penyedia perkhidmatan, syarikat, dan mungkin digunakan oleh pihak Kerajaan untuk kajian terhadap sesuatu isu berkaitan.


Langkah Mudah Jana Duit Melalui Survey Berbayar

Untuk meLAYAKkan anda menjawab survey yang ditawarkan, anda perlu mengikuti 8 langkah dibawah ini:
8 Langkah Mudah Jana Duit Dari Survey Berbayar

1. Buat Kajian
Sebelum menyertai sesebuah laman web survey, pastikan anda tahu bagaimana ganjaran akan diberikan. Adakah anda dibayar dalam bentuk duit? Voucher? Cendera hati? Atau sebagainya..lakukan sedikit research di enjin carian google, baca testimoni dan review daripada pengguna sebelum ini.

2. Isikan Maklumat Yang Betul
Apabila mengisi maklumat, pastikan maklumat yang anda isi adalah betul dan lengkap. Akaun yang lengkap dan jelas akan membolehkan anda diberi perhatian terlebih dahulu untuk ditawarkan survey.

3. Daftar Panel Survey Lebih Banyak
Kaji selidik yang dihantar kepada anda bukanlah hari-hari. Kadang-kadang ianya memakan masa berminggu untuk dapatkan satu survey. Bayangkan kalau satu survey dibayar RM0.50 saja, sebulan tak sampai pun minimum withdrawal yang ditetapkan. Daftarlah sebanyak mungkin Panel Survey yang ada dan rajin-rajinlah menjawab.

4. Sila Semak Email Dan Bertindak Pantas
Pastikan anda SYNC akaun email anda dalam smartphone supaya anda dapat menyemak email dengan pantas. Setiap survey yang ditawarkan mempunyai kuota terhad. So, pastikan anda membuka email dan menjawab survey tersebut secepat yang mungkin.

5. Konsisten
Lebih banyak survey yang anda buat, lebih banyak survey yang akan anda terima. Jawab survey secara konsisten dan teruskan tanpa gagal.

6. Jangan Putus Asa
Kebanyakkan orang lebih mudah putus asa disebabkan bayaran untuk menjawab survey terlalu sedikit, namun percayalah jika anda konsisten dan tidak berputus asa “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” ! Anda tak akan sedar pun mata ganjaran sudah boleh ditebus menjadi DUIT!

7. Realistik
Mempunyai matlamat dan focus adalah kuncinya. Jika nak mata ganjaran untuk ditebus menjadi duit, pastikan anda focus untuk kumpul mata ganjaran yang anda inginkan. Nak duit atau nak voucher? Be realistic and focus!

8. Monitor Pendapatan Anda
Pastikan anda mendapat bayaran samada melalui PayPal atau Check! Jika bayaran ditebus menggunakan Voucher, pastikan alamat surat-menyurat dan maklumat anda betul. Setiap panel survey ada minimum withdrawal atau minimum cashout yang ditetapkan. Sentiasa pantau pendapatan anda di panel survey tersebut.

Sekarang, anda sudah ada 8 langkah untuk menjana duit sampingan biarpun hanya JAWAB SURVEY! So, saya akan kongsikan dengan anda pula 5 panel survey yang terbaik untuk anda sertai. Anda boleh melihat satu per satu dan daftar secara PERCUMA!


Selamat menjana wang sampingan dengan jawab survey online!

Catat Ulasan

0 Ulasan