Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 ? Tahniah jika anda berjaya dalam Ujian Psikometrik yang telah dijalankan oleh pihak SPA. Bagaimana proses menduduki ujian psikometrik tu, soalan mencabar tak ? bagi yang dah buat persediaan awal mungkin dah familiar dengan soalan-soalan ujian psikometrik ni. Dah lulus ujian psikometrik, temuduga pula yang akan dihadiri.

Sebelum tu, mari saya terangkan serba sedikit maklumat tentang jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 ni. Dulu, gred ni adalah N17 namun telah dinaiktaraf kepada N19. Berikut adalah maklumat tugas, gaji, dan syarat kelayakan pembantu setiausaha pejabat gerd n19 ni:

Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis


Jadual Gaji Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) : RM100


Syarat Kelayakan Pembantu Stiausaha Pejabat N19

  1. warganegara Malaysia
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Tiada tugas yang dikhususkan untuk jawatan ini. Namun, kelaziman tugas setiausaha ini adalah menjadi PA (Personal Assistant) kepada Ketua Pejabat/Pengarah/Ketua Pengarah.


Semoga dengan berkat USAHA korang mempersiapkan diri dalam menempuhi Ujian Psikometrik dan Temuduga SPA akan membuahkan hasil yang baik. Salam Suksess dari saya!


Catat Ulasan

0 Ulasan