Rabu, 30 Januari 2019

author photo
Cara Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Untuk B40 | Untuk makluman korang, bermula bulan Januari 2019 ini seramai 185,000 rakyat Malaysia akan menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan.
Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Untuk B40 Tahun 2019


Walaubagaimanapun, hanya mereka yang berdaftar dalam system eKasih yang layak mendapat bantuan kerajaan ini. Ini bermaksud, program rebat bil elektrik kali ini lebih tersasar dengan golongan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih berbanding program sebelum ini yang tidak bersasar dan hanya rebat bil elektrik RM20 sebulan.

Program rebat ini membelanjakan 80 juta untuk menjayakannya. Ramai yang nak tahu samada mereka layak atau tidak menerima rebat bil elektrik ini? Bagaimana proses pemilihan kelayakan itu dibuat?
Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Untuk B40 Tahun 2019


Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk mendapat rebat pembayaran bil elektrik RM40 setiap bulan ini. Namun, ada juga penerima dan berdaftar didalam system eKasih yang tidak Berjaya mendapat rebat bil elektrik ini. 


SYARAT-SYARAT PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Apakah syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40?

  1. Pengguna-pengguna  elektrik  yang  layak  menerima  rebat ialah  Ketua  Isi  Rumah  (KIR)  miskin  tegar  dan  miskin  yang disenaraikan dalam Sistem eKasih;
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;
  3. Rebat  bil  elektrik  akan  diberikan  sehingga  RM40  sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa  ke  bulan  berikutnya  dan  jika  bil  melebihi  RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak  untuk menerima rebat  bagi  setiap  Ketua  Isi  Rumah  (KIR)  dalam  kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
  5. Rebat  RM40  hanya  terpakai  kepada  Tarif  A  (Domestik) sahaja;
  6. Rebat  RM40  termasuk  semua  jenis  caj  (contohnya  penalti lewat bayar);
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;
  8. Pengguna   boleh  memilih   untuk   menukar   nombor   akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
  9. Bil   elektrik   sehingga   RM40   sebulan   akan   ditolak   terus daripada akaun pengguna.



CARA MOHON REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN

Untuk memohon rebat bil elektrik ini, korang wajib mendaftar dengan system eKasih terlebih dahulu. Pendaftaran untuk program ini boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

Selepas pendaftaran dibuat, anda boleh semak adakah anda layak atau tidak layak menerima rebat bil elektrik ini dengan melayari portal rasmi MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membuat semakan, semakan juga boleh dilakukan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri/Pejabat Ahli Parlimen/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Untuk B40 Tahun 2019


Untuk maklumat lebih lanjut lagi, anda boleh hubungi mana-mana talian diatas ini untuk penjelasan lanjut tentang Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini.

This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement