bisnesaiskrim

5 Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Perokok Yang Melanggar Arahan

5 Langkah Mudah Untuk Membuat Aduan Kepada Perokok Yang Melanggar Arahan | Salam semua, nampaknya rakyat Malaysia memberikan respon yang baik tentang usaha kerajaan dalam menangani isu - isu tentang merokok. Tidak kurang juga ada yang pandang sinis. Sudah lumrah ada yang suka dan ada yang tak suka. Sudah sedia maklum 1 Januari 2019 lepas tarikh yang telah berkuat kuasa untuk semua tempat makan diwarta sebagai tempat larangan merokok.

Isu dah lama kan pasal merokok ni, tak habis - habis. Merokok tu tak salah bagi yang tak sayang diri la. Kalau sayang diri sendiri berhenti lah merokok. Dah tahu kan merokok itu berbahaya juga bukan untuk tuan badan sendiri, orang sekeliling pun sedut asap rokok boleh terkena pelbagai penyakit pula.

5 Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Perokok Yang Melanggar Arahan

Kalau nak merokok jangan jadikan tempat makan yang penuh dengan orang awam dijadikan tempat lepak nak merokok. Jangan penting diri sendiri. Harap dengan larangan merokok macam ini tidak menganggu lagi orang awam terutamanya bayi, kanak- kanak dan ibu mengandung.

Semalam ternampak di facebook page Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan infografik seperti di atas. Tak tahu pula yang kita pun boleh buat aduan sekiranya ternampak perokok yang degil merokok di premis - premis yang berkaitan. Rasanya tak senang duduk perokok ni, takut ada individu yang ambil gambar tanpa sedar.


Ketahui 5 Langkah Mudah Untuk Membuat Aduan Kepada Perokok Yang Melanggar Arahan 

  1. Pastikan nama restoran dan lokasi (alamat ) yang betul
  2. Kemudian ambil gambar perokok yang sedang merokok di dalam premis
  3. Pastikan waktu dan tarikh dirakamkan
  4. Pastikan tiada papan tanda larangan merokok dalam premis
  5. Kumpulkan ke semua bukti di atas dan hantar aduan ke hotline di 010 8608949. Nombor ini hanya digunakan untuk pesanan sahaja dengan menghantar gambar serta bukti perokok yang merokok di kawasan larangan merokok. Atau nombor 03 88924530 hanya untuk panggilan waktu pejabat sahaja

Buat masa sekarang, satu usaha yang bagus dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu perokok yang merokok terutamanya di tempat awam.

5 Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Perokok Yang Melanggar Arahan

Dan diharap juga, perokok di luar sana mengikut arahan yang telah dikeluarkan, bersedia untuk menjadi individu yang patuh kepada arahan. Kalau nak gaya hidup sihat, merokok tak perlu pun. Sayangilah nyawa anda dan sayangilah insan yang tersayang.

Catat Ulasan

0 Ulasan