bisnesaiskrim

Cara Reset Dan Tukar Password Akaun CIMB Clicks

Cara Reset Dan Tukar Password Akaun CIMB Clicks | Sejak beberapa hari ini, ramai yang panic dengan kejadian CIMB Clicks kena hacked. Berikutan penaiktarafan dan penambahbaikan sebagai langkah kawalan pihak CIMB Bank Malaysia terdapat penggunaan reCAPTCHA yang muncul ketika log masuk ke akaun CIMB Clicks. 

Cara Reset Dan Tukar Password Akaun CIMB Clicks


Untuk makluman, pihak CIMB Malaysia telah engeluarkan kenyataan bahawa akaun anda masih selamat dan penggunaan reCAPTCHA tersebut adalah langkah kawalan tambahan bagi memperlahankan system yang di hack. Fungsi reCAPTCHA tersebut bagi memastikan anda yang log in dan bukan bot system.


Tukar Password Akaun CIMB Clicks

Jika anda pemegang akaun CIMB Bank, anda dicadangkan untuk menukar password yang lebih selamat untuk mengelakkan akaun CIMB Clicks anda mudah dicerobohi. Bagaimana cara menukar password CIMB Clicks?

Berikut adalah langkah-langkah tukar atau reset password CIMB Clicks anda..
  1. Anda perlu log in ke akaun CIMB Clicks 
  2. Masukkan maklumat Username dan Password
  3. Akan tertera recaptcja, masukkan butiran seperti yang diminta (samada dalam bentuk gambar atau perkataan)
  4. Kemudian, akan tertera halaman akaun anda yang telah berjaya log masuk
  5. Dibahagian bawah sekali, klik pada ikon setting di sebelah kiri bawah
  6. Masukkan password lama anda, masukkan pula password baru anda sebanyak 2 kali untuk pengesahan dan klik request TAC. Kemudian, masukkan TAC number yang dihantar melalui SMS.
  7. Selesai.

Cara Reset Dan Tukar Password Akaun CIMB Clicks

Cara Reset Dan Tukar Password Akaun CIMB Clicks

Cara Reset Dan Tukar Password Akaun CIMB Clicks
Sumber gambar: mypt3.com


Cara Nak Tahu Password Kuat Atau Tidak

Tahukah anda, terdapat satu laman web yang boleh menilai sekuat mana password akaun anda dengan cepat? Laman web ini menilai berapa lama seseorang “hacker” itu menceroboh akaun milik anda apabila menggunakan password tersebut.

Cara mengetahui password kuat atau tidak, try semak password anda disini..

  1. Layari - https://howsecureismypassword.net/
  2. Kemudian, masukkan password di ruangan yang disediakan
  3. Selepas tu, berapa lama password anda akan di "crack" akan dipaparkan


Anda dinasihatkan untuk menggunakan kombinasi askara, nombor, symbol untuk lebih selamat. Lihat perbandingan yang saya buat dibawah ni..

Password: ELIH2018@@abc



3 juta tahun diambil untuk crack password ni !

Password: elih1234



1 minit! Maksudnya hacker akan terus dapat password anda ni dalam masa 1 minit saja. Tak selamat!


Jika anda terlupa password, anda boleh reset dan tukar balik. Tiada masalah. Proses penukaran password sangat mudah sahaja.

Catat Ulasan

0 Ulasan