bisnesaiskrim

4 Sebab Mengapa Proton SUV X70 Tidak Mahal

SEBAIK Proton melancarkan secara rasmi kenderaan pelbagai guna (SUV) pertamanya, Proton X70, pada Rabu, perkara yang menjadi isu yang didebatkan pengguna media sosial adalah mengenai harganya.

4 Sebab Mengapa Proton SUV X70 Tidak Mahal




Majoriti berpendapat harga yang bermula daripada RM99,800 hingga RM123,800 itu sangat mahal untuk sebuah model kereta tempatan.

Namun, seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna The Ajerul, merasionalkan harga tersebut dengan memberi beberapa sebab mengapa harga untuk SUV itu sebenarnya sangat berpatutan.

Menerusi satu entri, Ajerul berkongsi beberapa fakta tentang reka bentuk dan pembangunan SUV itu yang mungkin tidak diketahui ramai. Berikut senarai kelebihan Proton X70 dari kaca mata beliau:

  1. Mempunyai ciri teknologi, keselamatan dan prestasi yang baik.
  2. Merupakan model SUV segmen C dan Completely Build Units (CBU) yang diimport sepenuhnya.
  3. X70 bukan model rebadge.
  4. Proton melabur kos yang besar untuk membuat pertukaran left hand driving (pemanduan sebelah kiri) kepada right hand driving (pemanduan sebelah kanan). Proses pertukaran ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia membabitkan peralihan lima sistem utama, serta 20 komponen perlu diubah suai. Proses ini juga membabitkan kira-kira 500 kakitangan.

X70 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad pada Rabu, yang memuji inovasi terbaharu Proton dengan kerjasama Syarikat Geely itu.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Proton dengan pelancaran ini. Sejak Proton menjalankan kerjasama dengan Geely, ia menyaksikan Proton berkembang dengan baik," kata Dr. Mahathir.

[ Baca Juga ] - Spesifikasi Dan Harga Proton X70 Bermula RM99,800 Seluruh Malaysia

Rujukan: Astro Awani

Catat Ulasan

0 Ulasan