bisnesaiskrim

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, No. 9 Dan 14 Ni Selalu Kita Makan!

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia | Mungkin kita menganggap sesetengah makanan ini biasa-biasa saja. Ini mungkin disebabkan anda sudah terbiasa makan makanan tersebut. Namun, percaya atau tidak inilah realitinya. Beberapa makanan ini mungkin 'fevret' anda.Lepas ni bolehlah dikurangkan atau berhenti makan terus..hehe..


#1 - Daging Proses

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Menurut laporan pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 Oktober 2015, memakan daging yang diproses boleh menyebabkan kanser usus, manakala daging merah adalah karsinogenik (berpotensi menyebabkan kanser). Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan mengenai Kanser (IARC), agensi kanser khusus WHO, menyamakan daging proses seperti hot dog, sosej dan bakon dengan agen karsinogenik seperti tembakau, asbestos dan asap diesel. Berikut adalah makanan yang boleh membuat anda jatuh sakit, malah boleh membunuh.


#2 - Katak Lembu Afrika (African bullfrogs)

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Katak lembu dianggap sebagai makanan istimewa di sesetengah negara di benua Afrika, dimana masyarakatnya bukan sahaja makan kakinya, tetapi seluruh bahagian katak ini. Bagaimanapun, katak lembu mengandungi pelbagai bahan toksik yang boleh memudaratkan manusia. Katak yang belum matang dan membiak terutamanya, mengandungi toksin yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.


#3 - Absin

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Absin diperbuat daripada Apsintus (sejenis tanaman), adas manis dan jintan hitam manis. Apsintus mengandungi bahan kimia toksik yang dipanggil thujone, bahan yang mengandungi ciri-ciri psikoaktif yang boleh menyebabkan halusinasi. Minuman beralkohol ini bertanggungjawab ke atas gangguan sosial, kes bunuh diri, batuk kering dan serangan sawan.


#4 - Sotong Kurita Hidup

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Kebanyakan dari kita memilih makanan yang sudah dimasak, tetapi memakan makanan yang masih hidup adalah perkara yang lazim di Korea. Anda boleh memesan sotong kurita hidup, yang dicincang dan ditambah perisa hidup-hidup. Jika anda mahu mencuba makanan unik ini, berhati-hati dengan tiub sedut sotong ini, yang masih aktif walaupun dipotong kerana ia boleh melekat di keronkong dan melemaskan anda.


#5 - Cendawan Liar

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Sesetengah  jenis cendawan liar nampak seperti tidak berbahaya, tetapi ia sebenarnya boleh mengancam nyawa, contohnya cendawan yang dipanggil 'Death Cap' (lihat gambar). Jika anda mencuba cendawan ini, kemungkinan besar anda akan mengalami sakit abdomen dan muntah. Sekiranya anda makan dalam kuantiti yang terlampau banyak, ianya boleh meyebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan jantung, yang seterusnya boleh membawa kematian.


#6 - Ikan Buntal (Fugu/Pufferfish)

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Ikan buntal, ataupun nama lainya "fugu", adalah delikasi yang paling berbahaya di dunia. Tekang masak di negara Jepun melalui latihan bertahun-tahun untuk mempelajari teknik membuang bahagian yang bertoksin pada ikan, yang 1,200 kali ganda lebih beracun daripada sianida. Jikan anda termakan sedikit pun bahagian ikan yang toksik (satu mata peniti), ia oleh mengancam nyawa anda.


#7 - Ikan Yu Busuk (Hákarl)

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Ikan yu busuk (Hákarl) —  yang diperbuat daripada ikan yu yang ditanam untuk proses penapaian dan dikeringkan — merupakan makanan kegemaran di Greenland. Masalahnya, ikan ini tidak mempunya saluran kencing; dan ini bermakna mungkin terdapat bahan toksik yang disimpan dalam dagingnya.


#8 - Ackee

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Digemari di Jamaica, buah ackee perlu dimakan apabila ia sudah ranum dan setelah dimasak dengan cara yang betul. Dimakan mentah-mentah, toksin buah ini boleh menyebabkan anda muntah teruk, malahan membunuh.


#9 - Ubi Kayu (Cassava)

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Ubi kayu adalah makanan yang popular di benua Afrika dan Amerika Selatan, serta negara bercuaca tropika termasuk Malaysia. Jika anda makan ubi ini mentah-mentah, enzim di dalam tiub ubi kayu akan bertukar kepada sianida.


#10 - Kanji Ubi Kayu (Tapioca)

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Seperti ubi kayu, kanji ubi kayu (yang diperbuat daripada akar ubi kayu) perlu dimasak dengan betul untuk mengelakkan keracunan.


#11 - Kacang Tanah

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Kacang tanah tidak berbahaya jika anda tiada alergi kacang. Kacang tanah merupakan punca nombor satu kematian disebabkan alergi makanan berbanding dengan makanan lain. Agak menakutkan sekirannya anda mengambil kira satu peratus daripada populasi dunia ada alahan terhadap kacang tanah.


#12 - Kacang Gajus Mentah

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Meskipun anda tiada alergi kacang, jangan sekali-kali makan kacang gajus mentah terus dari pokoknya. Ia mengandungi bahan toksik yang boleh mengancam nyawa, sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. Kacang gajus yang dijual di pasar raya selamat dimakan kerana sudah distim untuk membuang kimia yang berbahaya.


#13 - Rubarb

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Batang rubarb lazat sekiranya digunakan dalam manisan seperti peroi (crumble), tetapi jauhi dari memakan daunya sama sekali. Daun rubarb mengandungi toksin yang boleh memudaratkan, malahan membunuh.


#14 - Tauge

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Tauge merupakan makanan yang paling cenderung untuk mengumpul E. coli, salmonela dan listeria — bakteria yang hidup di dalam cuaca panas dan lembab, dimana benih tauge membesar. Tauge yang ditanam di negara Jerman dikenal pasti sebagai punca wabak E.coli yang membunuh 22 orang dan menyebabkan ratusan lagi sakit di Eropah pada tahun 2011.


#15 - Kerang-kerangan (Shellfish)

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Kerang-kerangan boleh mendatangkan kemudaratan jika anda alergik kepadanya. Meskipun kebanyakan yang alergik cuma menunjukkan simptom-simpton yang ringan, seperti ruam-ruam, gatal-gatal, bengkak-bengkak, membuat anda mendesah atau sakit abdomen, namun ada yang mengalami alahan teruk sehingga mengalami kejutan anafilaksis yang menghentikan pernafasan dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawati.


#16 - Kerang

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Walaupun anda tidak mengalami alergi kerang-kerangan, kalau boleh jauhkan daripada memakan kerang. Cengkerangya boleh menyerap dan menyimpan Hepatitis A, tifoid dan disentri kerana ia hidup di kawasan kurang oksigen. Kerang daripada perairan Cina dikaitkan dengan wabak hepatitis, menurut kajian.


#17 - Susu mentah

17 Makanan Paling Bahaya Di Dunia, Makanan No. 14 Ni Selalu Kita Makan!

Susu yang selalu dibeli daripada pasaraya telah dipasteurkan, tetapi ada diantara kita yang minum dan membuat keju daripada susu mentah. Susu yang belum dipasteurkan (dipanaskan kepada suhu tinggi dan disejukkan dengan cepat) mendatangkan risiko kerana ia mungkin mengandungi bakteri salmonella, E. coli dan listeria.


Sumber rujukan: MSN Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan