Sabtu, 24 Jun 2017

author photo
Terlalu banyak kenangan manis yang saya lalui di negeri Sarawak ini. Disini lah saya bermula melapor diri pada tahun 2009, pada ketika itu boleh dikatakan saya masih mentah dan 'zero' . Syukur, berkat tunjuk ajar rakan sejawatan yang lebih berpengalaman, akhirnya berjaya melaksanakan tugasan harian dengan lebih baik.


8 tahun lebih saya di Kuching, Sarawak akhirnya rayuan pindah diluluskan. Bulan Jun ini adalah bulan terakhir saya berada di negeri Sarawak. Apa yang pastinya..saya akan merindui Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak, makanan ini ada di Sabah tapi seleranya mungkin akan berbeza..


Buat rakan-rakan blogger yang berada di Sarawak, saya doakan anda sentiasa maju jaya dan sukses dalam dunia blogging. Lebih-lebih lagi Blogger Hanafi dan Blogger Ishak yang hensem, Blogger Cik Akak yang nun jauh di Sibu, Sarawak dan tak lupa juga kepada Blogger Mustafa yang kini dah ada kedai online sendiri Borneo Store dengan menjual produk tempatan Sabah & Sarawak. Nombor hp/whatsapp saya masih sama, korang boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.

Ketika saya berada di Sabah, saya akan menyertai geng-geng Blogger Sabahan pulak. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan lagi rezeki apabila berkhidmat di negeri kelahiran sendiri nanti..

Sabah! I'm coming back soon...

This post have 8 komen

avatar
Lankapo delete 26 Jun 2017 12:38 PTG

Semoga lebih sukses di tempat baru tuan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Reply
avatar
Mrs Velentine delete 3 Julai 2017 11:42 PG

hi welcome back sabah....hihi sya dulu sekejap jak di tangkak johor..dpaat pindah ke sabah sudah...

Reply
avatar
Elih Japahar delete 3 Julai 2017 3:21 PTG

Selamat hari raya tuan Adam!

Reply
avatar
Elih Japahar delete 3 Julai 2017 3:22 PTG

Rezeki ko awal pindah tu. Saya ni lama juga tunggu.

Reply
avatar
Eca Dwinky Asha delete 12 Julai 2017 12:34 PG

Welcome Back tuan....kita kasi jadi Family Day nanti. :)

eh, under KSM pulakk.sama la kementerian kita ne..sa dulu under KSM juga tpi jawatan kontrak jak pun.hahaha~

Reply
avatar
titan delete 15 Julai 2017 3:47 PG

tu dia.

dah jadi geng sabah plak eh.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement