Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun | Sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Lesen Memandu yang tamat pada hari yang sama dengan tarikh lahir pemegang lesen, saya pasti tiada lagi kes terlupa renew lesen mereka. Ini kerana, sebelum langkah ini dibuat kebanyakkan orang terlupa memperbaharui lesen mereka sehinggakan mereka dikenakan caj atau denda akibat kelewatan itu.
Alkisahnya bermula apabila isteri saya terlambat renew lesen memandu hampir setahun. Bukan lupa, tapi memandangkan tinggal dengan suami, memandu bukan keperluan sangat. Hari lahir isteri saya adalah esok, tetapi renew lesen memandu baru saja semalam..haha..
Cara Renew Lesen Lewat Setahun
Tiada masalah. Cuma prepare duit lebih je untuk bayar bayaran penyelarasan. Berikut adalah langkah-langkah renew lesen memandu di UTC :-
- Ambil nombor giliran anda, tunggu sehingga dipanggil
- Sampai dikaunter, bagitau nak renew berapa tahun (RM30 untuk setahun)
- Buat bayaran, ambil resit dan hantar dibahagian photografi
- Tunggu nama anda dipanggil untuk ambil gambar
- Tunggu nama anda dipanggil untuk ambil lesen memandu baru anda
- Selesai !
Baca juga - Cara Renew Lesen Memandu P, CDL Dan GDL Yang Tamat Tempoh
Jika anda renew lesen di Pejabat Pos, gambar pada lesen akan menggunakan gambar lama. Tiada sesi fotografi untuk wajah terkini anda ye..kalau nak wajah baru terpampang pada lesen tu, sila lah ke UTC atau JPJ yang berhampiran dengan anda.
![]() |
Amaun Pelarasan Tempoh ! Bukan Denda Lewat Renew |
Baca juga - Cara Buat Tuntutan Insuran Akibat Kemalangan
![]() |
Lesen Baru Dengan Wajah Terkini Di JPJ UTC |
Baca juga - Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ
Sekian untuk perkongsian cara renew lesen memandu lewat setahun dan tamat tempoh, semoga bermanfaat.
19 Ulasan
sgt mudah fahami info ini.
BalasPadamSdra renew bagi tempoh 3 tahun (RM90) kan? Saya baru renew lesen 2 hari lepas utk tempoh 2 tahun (sehingga 25/04/2019), namun bayaran yang dikenakan termasuk amaun pelarasan hanya RM60 shj. Dinyatakan pd resit saya: Item 1 dicaj RM30 (tempoh 25/04/2017 - 25/04/2019) dan item 2 (amaun pelarasan tempoh) dicaj RM30, menjadikan jumlah keseluruhan RM60. Mengapa berbeza, ya?
BalasPadamSebab adik renew 2 tahun sahaja Rm30 dan caj pelerasan rm30.
Padambagus juga kalau bayar untuk 3 tahun sekali..
BalasPadamkalau boleh 10 tahun terus bro..
lagi lama nak tunggu tarikh luput
agk2 klo hmpir 2 thun brpe ye
BalasPadamKalau lewat 5hari kene denda tak
BalasPadamTerima kasih atas pencerahan info yg sangat berguna ini. Amat mudah difahami. Tksh sekali lagi.
BalasPadamcykom.nak tanya kalau lesen kereta kelas D tamat tempoh lebih satu tahun' berapa ya kene denda?
BalasPadamDi genapkan 2 tahun terus
Padamsalam nk tanye.klau lesen kereta kelas D ,tamat tmpoh sthun lbih klau buat rayuan berapa ya kene denda
BalasPadamkalau lambat sebulan..kena denda x??? please someone explain...takut dh ni..hohoho
BalasPadamRenew dekat JPJ x ada denda kot...tapi kalau renew di pejabat pos, terus dia kira 2 tahun terus..sebab lambat katanya..hehe
PadamKalau baru smlm tamat tempoh. Nk renew harini kena denda x? Klu kt utc
BalasPadamTak ada denda rasanya...
PadamLesen D saya tamat tempoh tahun ni
BalasPadamBulan 3 ..bole renew kan ..kena denda berpa yerr
Dalam tempoh PKP ke? Lepas PKP baru renew kan? Tak ada denda tu..renew dekat pejabat pos je..JPJ rasanya buka juga
PadamLesen memandu berapa tahun.. boleh hidup kan..dan lesen jdl berapa tahun
BalasPadamLesen saya dah mati lebih 2thn..dari tahun 2018..kne denda ker klu nak hidupkn nya..buat pengetahuan sume hingga skarang saya masih takut nk memandu..
BalasPadamLesen saya 5tahun sudah mati boleh ke saya nak renew balik apa syarat2 nya
BalasPadam