4 Kelebihan Bekerja Di Singapura | Dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing sekarang ni, rakyat seharusnya tidak perlu mengharap untuk mendapat pekerjaan dalam sektor Kerajaan. Semakin hari, semakin ramai graduan IPTA/IPTS yang menghabiskan pengajian. Ini bermakna, Persaingan merebut kekosongan jawatan dalam sektor awam terlalu banyak.
Mungkin Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini boleh membantu anda, tetapi ianya bergantung kepada
pengalaman bekerja, keterampilan dan keperibadian anda apabila dinilai oleh
penemuduga nanti. Usah mengharap sangat! ada haluan kerjaya yang mungkin lebih
baik sudah ditetapkan untuk anda olehNya.
Kali ini, saya ingin berkongsi
dengan anda 4 Kelebihan Bekerja Di Singapura. Sebenarnya, ada banyak kelebihan
apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain
selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.
1. Pendapatan Meningkat Setara
Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara
yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari
semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan..
maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD
1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu
menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
Anda pasti pernah mendengar
tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu
ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan
katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia
juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak
memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.
Berbanding bekerja di Singapura,
anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju
(Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!
3. Mudah Berpatah Balik!
Berbalik kepada contoh bekerja
sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain
boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada
juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua
kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia
juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia
sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa
merempat di negara orang.
Berbanding jika anda bekerja di
Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan
membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)
4. Sah & Kurang Risiko!
Apabila anda bekerja di
Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang
dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan
ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada
penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar
gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan
bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani
untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat
apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis
sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan,
anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Itulah antara kelebihan bekerja
di Singapura. Jika anda berminat bekerja di Singapura, ada panduan khas untuk
anda bermula dari A hingga Z. Panduan lengkap Mencari Kerja dan Bekerja Di
Singapura ini sudah membantu ramai orang dan kini giliran anda pula!
Jangan kata abang tak payung,
download sekarang!
15 Ulasan
Nak keje lah kat sana matawang pun uds...doktor sini dlm 15k...doktor d singapore hampir 30k ...
BalasPadamSGD bro..bukan UDS hehe. Singapore Dollar. Sekarang ni SGD1 = RM3.16
PadamBesarnya gaji....pindah singapura jak agik cik akak
BalasPadamOkay jak..janji tau macam mana prosidur dan caranya. Ada SPM atau Diploma lagi mahal gaji.
Padamabg sy keje di singapura... da lbh 10 thn rs nyer... tgk hidup dia pun byk da berubah... ms bujang x pakai kereta. da kawen keje pun bgs (agk nyer) trs tkr triton hahaha
BalasPadamWah.
PadamMaksudnya kerja di singapura memang bagus utk masa depan jugak.
Memang best kalau kerja kat Singpura. Dibayar dollar. Kalau tukar duit Malaysia.. Fuh lumayan beb
BalasPadamCuma kena hati-hati la. Sekarang ni banyak con-man. Kena ada panduan baru la selamat sikit
Tak payah pakai agen kot. Boleh pergi sendiri ke singapore. Tak ada lah risiko ditipu nanti.
PadamPanduan ini akan menerangkan segalanya. Rugi kalau tak dapatkannya.
memanguntung time2 camni dapat kerja sana
BalasPadamye, matawang Dollar Singapore semakin naik..kalau berminat boleh sgt kerja disana
PadamItulah teringin juga nak feel bekerja kat negara jiran
BalasPadamgaji kat singapura agak besar.. balik malaysia jadi org kaya. hehe
BalasPadamluamayan gaji di sinagpura, tetapi kena pandai juga memilih pekerjaan yang sesuai dengan keahlian kita. Kerja tentu kena rajin tak boleh malas-malas.
BalasPadamterbaik..jadi tukang cuci pun gaji terbaik..
BalasPadamAdik saya pernah kerja di Singapura.. Abangnya jadi blogger dan perunding takaful ok la
BalasPadam