Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka | Tahukah anda terdapat 40 lebih
lokasi perlancongan yang boleh dipilih untuk destinasi percutian di Malaysia.
Destinasi percutian menarik ini boleh didapati di setiap negeri di Malaysia.
Tak payah jauh-jauh pun kita dah boleh menikmati pemandangan dan percutian yang
amat menyeronokkan bersama keluarga tercinta.
Kemana destinasi percutian anda
seterusnya?
Kali ini, saya nak share tentang
sebuah hotel yang sememangnya terkenal di negeri Melaka iaitu Holiday Inn Melaka.
Sebelum kita cerita pasal hotel ni, jom kita tgok sikit apa yang best kat
Melaka ni.
Melaka terletak kira-kira 2 jam
perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur. Melaka ni sememangnya terkenal dengan
pelbagai tinggalan sejarah dan telah diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan
dunia oleh Unesco. So, bagi korang yang ingin menelusuri sejarah Melayu dan
zaman penjajahan Malaya, Melaka adalah tempat yang tepat bagi anda!
Antara tempat bersejarah yang
wajib anda lawati adalah:-
- Kota A Famosa
- Perigi Hang Tuah
- Melaka Wonderland Water Theme Park
- Muzium Samudera
- Muzium Bahtera ( Muzium Kapal )
- Taman Budaya Melaka
dan banyak lagi….
Bagi korang yang tak tahu nak
bawa anak-anak bercuti ke mana, datanglah ke Melaka!
Sebelum datang, pastikan anda
layari Traveloka.com untuk membuat tempahan bilik hotel dengan kadar yang
berpatutan.
![]() |
Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka |
Berbalik kepada Hotel Holiday Inn
Melaka tadi, hotel ini terletak di Jalan Syed Abdul Aziz yang cukup strategik.
Dah bercuti, anda pasti inginkan hotel yang dekat dengan pelbagai tarikan. Dari
hotel ini, anda boleh mengakses ke mana-mana tempat tarikan pelancongan dengan
hanya berjalan kaki, menaiki teksi ataupun yang lebih menarik, menaiki beca di
Bandaraya Melaka.
Holiday Inn Melaka ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan Selat Melaka. Hotel
ini menyediakan panorama yang sungguh menarik terutamanya ketika matahari
terbenam (Sunset), korang boleh tengok live dari bilik korang sahaja. Bagi korang
yang kaki shopping, hotel ini terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan,
jadi korang tak perlu terkejar-kejar lagi untuk membeli belah dan melawat
sekitar bandar Melaka. Tambahan pula, hotel ini juga terletak berhampiran dengan
Bandar Hilir yang menjadi tarikan utama pelancong ke negeri Melaka ini.
![]() |
Keadaan Bilik Yang Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka |
![]() |
Kids Suites |
Secara keseluruhannya, hotel ini meyediakan 275 buah bilik yang
terdiri dari Deluxe, Suites dan Kids Suites yang menawarkan pelbagai kemudahan
untuk pelanggannya. Korang mesti tertanya-tanya apa yang best sangat pasal
hotel ni kan?
Okay, ini adalah beberapa sebab
yang menarik yang pasti membuatkan korang memilih Holiday Inn Melaka sebagai
penginapan disana nanti. First,
hotel ini mempunyai Infinity Pool. Dah nama Infinity Pool, mestilah cantik kan?
So, korang bolehlah berselfie ambik gambar dan upload dekat Instagram. Satu
lagi korang tak payah pening kepala nak bawak anak-anak mandi kat Pantai
Klebang yang sesak tu dah, bawak je mandi kat pool ni, lagi best.
![]() |
Tea Tree Spa Di Holiday Inn Melaka |
Tarikan kedua pula, korang juga boleh berkunjung ke spa yang disediakan
iaitu Tea Tree Spa. Haa, dah penat berjalan sekitar bandar Melaka tu mestilah
nak merasa urutan dan nak manjakan diri kan? so, jangan risau, korang boleh
menikmati pelbagai jenis khidmat massage yang disediakan disini. Korang cuma
perlu pilih je. Tapi, of course lah berbayar, tapi still boleh dipertimbangkan
sebagai affordable lagi lah. Thirdly,
security. Dah seronok bercuti ni of
courselah safety is our main priority kan.
Di hotel ini, korang tak perlu
pening kepala pasal keselamatan sebab
hotel ini memberikan akses kad kepada pelanggannya. Sesiapapun yang menggunakan
lif untuk turun atau naik, mereka wajib menggunakan kad akses tersebut. Ini
bermakna, tiada orang luar yang boleh keluar masuk sesuka hati didalam hotel
ini. Korang patut berseronok dalam mood percutian, mengapa harus fikir tentang
keselamatan lagi sedangkan hotel ini memenuhi spesifikasi keselamatan yang
diperlukan.
Selain itu, hotel ini juga mempunyai
fitness centernya yang tersendiri. Fitness center ni kiranya macam gym lah.
Hotel ni mempunyai kelengkapan fitness yang lengkap untuk korang beriadah untuk
meningkatkan kesihatan tubuh badan. Siapa cakap pergi bercuti tak leh work out!
So, basically, sebab-sebab inilah yang membuatkan Holiday Inn Melaka ini
pilihan terbaik jika anda bercuti ke Melaka. Jadi, tunggu apa lagi, layarilah
Traveloka.com dan buatlah tempahan anda sekarang.
Rancang percutian korang sekarang dan selamat bercuti! :)
11 Ulasan
Comel yang kids suite punya tu. ada toy story semua haha.
BalasPadamYup. Memang sesuai utk bawa family. Anak2 confirm suka.
PadamMenarik ni... Penat2 tour ke tempat2 menarik di melaka, dpt pula santai2 menginap di sini... puas hati :)
BalasPadamBetul. Nak booking online pun senang.
PadamMelaka memang best. Ada pelbagai tarikan kat situ termasuk la heritage dan juga makanan.
BalasPadamTea Tree Spa tu macam best. Dah penat jalan jalan, boleh la settle down dekat spa haha. Thank you for recommending this hotel. At least tahu mana nak duduk bila ke sini.
Best regards,
www.pojiegraphy.com
Betul tu. Harap mmbntu mereka yg sdang mrancang percutian d melaka nnt.
PadamSerius, menarik ni. Kalau ke melaka boleh dipertimbangkan
BalasPadammemang selesa la tempat ni
BalasPadamdah lama juga saya berimpian untuk pergi melaka
BalasPadamwiwiiiii.. menarik dan selesa... bila la lagi ye nk ke sana... [-(
BalasPadamdah lama tak ke Melaka ni.
BalasPadam