bisnesaiskrim

Rujukan Dan Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Tahun 2019, terdapat banyak peperiksaan online memasuki skim perkhidmatan awam (PSEE) yang akan  dan telah dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini bermakna, SPA memandang serius tapisan awal calon sebelum dipanggil temuduga. Ada kemungkinan cara ini adalah untuk mengurangkan calon temuduga atau "penyingkiran" calon yang tidak menepati kriteria keperibadian seseorang itu.

Rujukan Dan Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Anda yang memohon jawatan di laman web SPA harus mengambil tahu proses ini. Saingan ada ramai, namun rezeki itu bukan urusan kita. Peluang tak akan datang berkali-kali kecuali anda berusaha mendapatkannya.

Manfaat Bekerja Di Sektor Awam

Berkhidmat dengan kerajaan merupakan impian ramai individu, memandangkan banyak keistimewaan yang boleh diperolehi nanti, ramai individu yang bekerja dengan syarikat swasta hanya untuk sementara kerana mahu berkhidmat dalam Kerajaan. Ada juga yang tak mahu bekerja dengan Kerajaan kerana lebih selesa dengan majikan swasta yang bergaji lebih tinggi dan menerima BONUS tahunan yang lebih besar daripada penjawat awam.

Persediaan rapi menghadapi temuduga bukan masalah bagi anda yang berpengalaman hadiri temuduga. Tapi, bagaimana pulak dengan yang Fresh graduate? mesti berdebar-debar bila sebut 'interview' kan?

Disini saya kongsikan sedikit maklumat tentang panduan penting temuduga SPA.

Sebelum Temuduga
  • Kenalpasti Majikan Anda
  • Selidik Organisasi & Panel Temuduga
  • Jangan Menghafal Soalan
  • Buat Latih Tubi & Jawab
  • Buat Persediaan Soalan Yang Mungkin Datang

Faktor-Faktor Yang Akan Dinilai
  • Pengetahuan Am
  • Kebolehan Komunikasi
  • Keyakinan
  • Kebolehan Berfikir
  • Motivasi diri
  • Sikap Positif
  • Cekap Dalam Bidang Yang Dipilih

Untuk rujukan lengkap, baca - 15 Persediaan Lengkap Menghadiri Temuduga SPA


Rujukan Contoh Soalan Temuduga dan Etika Berpakaian Semasa Temuduga

Perlukan rujukan lebih? apa kata anda dapatkan ebook panduan lulus temuduga kerajaan ini untuk menambahkan lagi keyakinan semasa temuduga nanti. 


Ratusan ribu graduan yang menamatkan pengajian di peringkat Master, Ijazah Sarjana Muda, PT3/SPM/SPMV/SPVM atau SKM di Malaysia setiap tahun. Bayangkan persaingan anda yang gila vavi banyak ini?

Kadang-kadang kekosongan hanya 10 tetapi yang dipanggil temuduga adalah seramai 2000 orang calon. Persaingan? tak payah cakaplah..memang sangat sukar..dengan adanya panduan ini, dengan sedikit persediaan dari segi fizikal dan mental diiringi doa.

Semoga berjaya kepada semua calon temuduga!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. salam tuan ..kalau ada kelapangan boleh wassap sy ya..sy ingin berguru tentang dunia blogging,sy bayar pun xpa..hehe ilmu tu

    BalasPadam