Jumaat, 2 November 2018

author photo
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah | Sememangnya, ada banyak cara untuk menambah pendapatan diluar sana. Namun, kebanyakkan cara itu memerlukan anda untuk keluar rumah dan pergi menjual.

Jika anda suri rumah yang bertanggungjawab menjaga makan minum anak-anak dan suami, bisnes membuat dan menjual kek dan kuih muih (bakeri) dari rumah adalah pilihan terbaik untuk bisnes. Ada bakat dan minat membuat kek tapi kurang pengetahuan untuk memulakan bisnes kan? lainlah kalau buat kek hanya untuk makan sendiri. Ini kita cerita pasal bisnes sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.


Mengapa Bisnes Bakeri dari Rumah

Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Sumber:chillonpark.com


1. Kos Permulaan Yang Kecil

Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!


2. Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!


3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.


4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!


Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda apabila mahu memulakan bisnes bakeri ini!

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah....

  • Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  • Berapa nak letak harga?
  • Macam mana nak kira kos produk?
  • Apa peralatan yang diperlukan?.
  • Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
  • Di mana nak belajar buat kuih?
  • Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran anda kan?

Tapi jangan risau dan khuatir.... semua jawapan bagi persoalan diatas, akan dijawab dalam panduannya di dalam ebook dibawah...


[ Baca ] - Panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Selamat memulakan bisnes bakeri anda..

This post have 12 komen

avatar
Jie Susanos delete 15 November 2016 8:36 PTG

cptnya tuan promosi bisnes bakeri ni..terbaik..

Reply
avatar
Amin Hakim delete 15 November 2016 11:59 PTG

Boleh recommend kat isteri nie.. tq share info

Reply
avatar
Cik Itah delete 16 November 2016 11:56 PG

bab bakeri ni..sy memang fail

Reply
avatar
azzahairi sulaiman delete 17 November 2016 4:19 PTG

panduan macam ni sesuai untuk suri rumah. salah satu peluang cari pendapatan :-)

Reply
avatar
Noor Maizan delete 18 November 2016 9:40 PTG

Mai buat juga bisnes kecil-kecil macam ni, kek letak di kedai2 runcit, restoran, dan amik juga order untuk program rmt kantin sekolah :D

Reply
avatar
Elih Japahar delete 21 November 2016 8:55 PG

Membantu peniaga yg berminat secepat mungkin tuan...

Reply
avatar
Elih Japahar delete 21 November 2016 8:55 PG

Sama2 tuan...maklumkan isteri ye..tq

Reply
avatar
Elih Japahar delete 21 November 2016 8:56 PG

Mungkin Cik Itah teror buat benda lain :)

Reply
avatar
Nur Zahirah delete 27 November 2016 10:28 PG

bagus untuk suri rumah untuk tambah pendapatan dalam ekonomi sekarang.

Reply
avatar
Murni Alysa delete 19 November 2018 1:53 PTG

Murni memang teringin nak cuba..tunggu dah tak kerja kot baru senang sikit

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement