Karnival STEP JobsMalaysia 2016 di UiTM Shah Alam | Untuk makluman, Malaysia
Retailers Association (MRA) dengan kerjasama UiTM Shah Alam (Institute of
Business Excellence) dan penganjur utama
Mentor Skills Sdn Bhd dengan kerjasama JobsMalaysia Cyberjaya dalam
mempromosikan kekosongan jawatan dalam Karnival STEP ini.
Objektif Karnival STEP
2016 ini adalah untuk menyediakan platform kepada industri peruncitan untuk
mendapatkan sumber bekalan tenaga kerja yang terdiri dari para graduan
khususnya bidang peruncitan serta pelbagai jurusan lain dan lepasan sekolah.
Ianya memberi pendedahan peluang kerjaya dalam industri serta menarik minat
para graduan dan lepasan sekolah untuk memilih sektor peruncitan sebagai cabang
kerjaya.
Berapa Banyak Syarikat Terlibat?
Sebanyak 15-20 syarikat peruncitan di bawah naungan MRA
akan turut serta dengan menawarkan lebih dari 1,000 kekosongan jawatan seperti Jawatan Penyelia, Pelatih Pengurusan, Eksekutif, Pelatih dan Pengurus Cawangan
dan sebagainya di seluruh Malaysia.
Anggaran gaji dan jawatan
yang ditawarkan:
Kelulusan
|
Anggaran Skala Gaji Kasar
|
Jawatan
|
Ijazah
|
RM2,100 – RM3,500
|
Management Trainee, Retail Trainee, Retail Trainee Manager, Shop/Outlet Asisstant Manager
|
Diploma
|
RM1,500 – RM2,100
|
Management Trainee, Retail Trainee, Trainee Products Supervisor
|
Sijil & Lepasan Sekolah Menengah
|
RM1,000 – RM1,500
|
Retail Associate, Sales Advisor
|
Butiran Program adalah seperti
berikut:
Tarikh
|
13 November 2016
|
Tempat
|
Dewan Kuliah Menara SAAS, UiTM Shah Alam
|
Aturcara / Masa
|
Taklimat
Kerjaya Dari Syarikat (8:30 pagi -10:30 pagi)
Sesi
Temuduga dengan Syarikat (10:30 pagi – 5:30 petang)
|
Semoga hasrat bagi semua pihak
untuk mengisi kekosongan jawatan dapat mengurangkan jumlah pengangguran dan
pergantungan kepada pekerja asing tidak berterusan dapat dipenuhi.
Sebarang pertanyaan berkaitan temuduga STEP 2016 ini, sila berhubung dengan JobsMalaysia atau melalui laman Fan Page JobsMalaysia - https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/. Pastikan anda membawa resume, sijil-sijil yang berkaitan dan berpakaian kemas sesuai untuk temuduga ketika menghadiri taklimat dan temuduga ini.
Sebagai persediaan menjalani temuduga nanti, saya galakkan anda membaca panduan Lulus Temuduga ini - Klik sini
Atau...
Baca panduan asas dalam membina kerjaya di syarikat swasta - Klik sini
Semoga berjaya nanti....
2 Ulasan
maklumat yang sangat berguna..terima kasih sharing
BalasPadamShah Alam ja..Sabah takda? hihi
BalasPadam