Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u | Menyimpan dan berpeluang memenangi Cabutan Wow, dimana lebih 300 hadiah bernilai RM1,500,000 jika anda menyimpan untuk anak anda serendah RM30 sebulan.
Nampak macam biasa tapi skim simpanan baru SSPN-i Plus ini berbeza dengan SSPN-i sebelum ini. Banyak kelebihannya berbanding skim simpanan yang lain, antara soalan-soalan lazim yang seringkali diajukan berkenaan SSPN-i Plus dan SSPN-i - Baca Sini
Hadiah Cabutan Wow 2016/17
Siapa yang tak nak hadiah percuma kereta Honda Jazz, Toyota Vios, Motosikal Kawasaki, Proton Perdana dan RM2000 tak payahlah buka akaun SSPN-i Plus! Tapi kepada sesiapa yang nak masa depan pendidikan anak CERAH! habuan cabutan wow adalah bonus jika terpilih sebagai pemenang...
![]() |
Hadiah Cabutan Wow Untuk Tempoh 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 |
Jika anda mula menyimpan sekarang, anda akan berpeluang atau layak untuk cabutan suku tahun pertama bulan september 2016 ini.
![]() |
Cabutan Wow Suku Tahun |
![]() |
Cabutan Wow Tahunan |
Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u
Kemudahan simpanan SSPN-i Plus ada banyak saluran, kali ini saya kongsikan dengan anda bagaimana menyimpan secara online menggunakan Maybank2u. Caranya mudah sahaja, ikuti langkah-demi langkah saya terangkan dibawah:
Langkah 1 : Log in akaun Maybank2u - Log In
Langkah 2 : Pilih 'Account & Banking'
Langkah 3 : Klik 'Bill Payment' dan pilih samada 'Make A One-Off Payment' atau 'Make A Payment to A Favourite Payee' (perlu daftar sebagai favourite payee dulu)
Langkah 4 : Pilih 'Education & Education Loans', klik continue
Langkah 5 : Pilih 'PTPTN - SSPN-i Plus' dan continue
Langkah 6 : Masukkan maklumat 'No Akaun SSPN-i Plus', 'No Tel' (pastikan Amount betul mengikut pakej yang telah diambil), dan continue..
Mudah kan? paling penting, pastikan akaun Maybank2u anda ada duit okay hehe..kalau tak memang tak jadi cara ini..
![]() |
Klik Sini Untuk Buka Akaun SSPN-i Pus |
Tunggu sekejap, sudah baca artikel ini?
Pilihan ditangan anda, masa depan anak anda terletak ditangan anda sendiri sebagai ibubapa. Mari semai budaya suka menabung anak dari kecil lagi..
2 Ulasan
Bila online ni..cik akak rasa mudah sikit..tak perlu nak berebut beratur kat pos ofis bagai..hihi
BalasPadamBetul..nak tengok muka orang dekat kaunter lagi..mcm2 karenah haha
Padam