Untuk makluman, SSPN-i Plus yang kini masuk tahun kedua sejak dilancarkan dan baru saja mengadakan cabutan terakhir pada 14 Julai yang lalu untuk Cabutan WOW! SSPN-i Plus untuk 2015/16. Tahniah kepada pemenang-pemenang cabutan tersebut.
Inilah barisan para pemenang Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2015/16. Simpanan serendah RM50 sebulan sahaja pun sudah layak menyertai cabutan WOW ini.
Inilah barisan para pemenang Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2015/16. Simpanan serendah RM50 sebulan sahaja pun sudah layak menyertai cabutan WOW ini.
SSPN-i Plus ini bakal meletup di Malaysia! kenapa perlu 'meletup'? sebab menabung dengan SSPN-i Plus ada banyak kelebihannya.
Baca - Banyak Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus
Nampak tak hadiah-hadiah ni? Wow! memang gempak lah, jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 Juta, Dimana, terdapat cabutan setiap 3 bulan dan cabutan tahunan.
Siri Cabutan 1 - Tempoh promosi 1 Julai 2016 sehingga 30 September 2016
Siri Cabutan 2 - Tempoh promosi 1 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2016
Siri Cabutan 3 - Tempoh promosi 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017
Cabutan Tahunan - 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017
Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah lumayan daripada Cabutan Wow! SSPN-i Plus sambil menabung untuk pendidikan anak, dilindungi insuran dan boleh menang cabutan lagi.
Saya sendiri dah buat akaun SSPN-i Plus untuk anak lelaki saya. Dan, kalau ada rezeki bulan September 2016 layak untuk cabutan Wow suku tahun pertama.
Baca - Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
Baca- Cara Penambahan Akaun SSPN-i Plus Secara Online
0 Ulasan