![]() |
Salinan paparan perkongsian yang dimuatnaik ibu mangsa di facebook |
HASIL pemeriksaan seorang ibu terhadap telefon anak
lelakinya mendapati seorang pedofil cuba mengumpan anaknya untuk memberikan
foto lucah melalui aplikasi pesanan ringkas.
Melalui salinan paparan perbualan di antara pedofil dan
anaknya yang dimuat naik oleh ibu mangsa, pedofil berkenaan menjanjikan
permainan video PSP untuk foto lucah tersebut.
Pedofil berkenaan didapati memulakan perbualan bersama
mangsa Februari lepas dan berakhir pada Jun selepas 'kantoi' dengan ibu mangsa.
"Mohon ibu bapa di luar tengok aktiviti anak kita..
Facebook untuk berkawan sekolah tapi ada yang ambil kesempatan atas kenaifan
anak-anak kita," kata ibu mangsa di Facebook.
Kuang hajau nye manusia.. nasib aku slalu check ape ank aku wat.. ko nk jahanamkn org je.. ko ny berpura2 tarik perhatian kanak2 then ko makan mereka.. kimak.. ko tunggu aku viralkn ko.. jgn jd mcm binatang ok.. ko xde otak ke? Tu budak kecik lg.. mohon ibu bapa di luar ygk aktiviti ank kite.. facebook untuk bkawan sekolah tp ade yg amk kesempatan ats kenaifan ank2 kite.. nasib ank aku btanya.. 😠😠😠..
Perkongsian ibu mangsa menjadi viral dan mengejutkan
beribu-ribu pelayar dan mendapat perhatian lebih 12,000 pelayar lain.
0 Ulasan