Berita yang dinanti-nantikan penjawat awam di negara ini sudahpun terjawab. Namun, kegembiraan ini bukan kepastian, haha..ada syaratnya..
Kerajaan telah
bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini
kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri
diisytiharkan pada 6 Julai.
Bagaimanapun, pelepasan
khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri
diisytiharkan pada 5 Julai.
Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa merakamkan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan
daripada penjawat awam itu khususnya oleh Cuepacs dalam sidang media yang dilaporkan sinar harian.
Semoga penjawat awam dapat
memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan
Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan
yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi
masing-masing.
Selamat Bercuti !
2 Ulasan
perkongsian yg bagus elih
BalasPadamTerima kasih.
Padam