Dalam entry kali ini, saya ingin membantu anda membuka Akaun SSPN-i Plus secara online tanpa melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Pembukaan akaun secara online mudah dan boleh menjimatkan masa, perjalanan, dan tenaga anda.
Saya akan terangkan kepada anda langkah-langkah beserta gambar untuk lebih teliti. Ini adalah langkah yang saya pohon untuk anak saya sendiri.
Cara-caranya adalah seperti dibawah:
1. Log in di laman web rasmi SSPN-i Plus - Klik Sini
2. Kemudian, pilih Pembukaan Akaun .
Saya buka akaun SSPN-i Plus untuk anak dengan Pakej Simpanan 'Topas' iaitu simpanan RM90 dan Takaful RM10 = RM100.
5. Selepas memilih Pakej Simpanan, maklumat Pakej Simpanan akan terpapar.
7. Pada bahagian Bayaran, anda boleh memilih berapa bulan simpanan permulaan untuk buka akaun SSPN-i Plus ini. Kalau nak buka dengan simpanan 1 bulan dahulu, letakkan 1 pada ruangan Bayaran(Bilangan Bulan)
Saya letakkan 1 untuk pembukaan Akaun SSPN-i Plus anak saya.
8. Sebelum anda lakukan pembayaran, AKAD pendiposit dengan "PTPTN" perlu dibaca.
10. Selepas AKAD, klik seterusnya dan satu pop up(seperti gambar diatas) akan terpapar, KLIK ok.
11. Langkah seterusnya adalah Pembayaran, klik pada butang BAYARAN.
12. Paparan seperti diatas akan keluar, pilih antara Credit Crad atau Online Banking kemudian, klik pada butang PROCEED.
Saya pilih online banking sebab tak ada kredit kad huhu..
13. Pilih perbankan mana yang akan gunakan untuk melakukan bayaran.
Saya pilih Maybank2u.com
15. Jika amaun bayaran betul, Continue with transaction. ( request TAC dan Confirm bayaran)
16. Paparan 'Transaction Status" akan tertera "Approved".
17. Maklumat bayaran akan tertera " TRANSAKSI PEMBAYARAN BERJAYA".
18. Print "RESIT RASMI.
19. Print juga "SUMMARY OF TAKAFUL COVERAGE".
Mudah kan?
Jika masih nak tahu Manfaat Menyimpan Dengan SSPN-i Plus - Baca Sini
Cara Untuk Menambah Simpanan Bulanan SSPN-i Plus
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuka akaun SSPN-i Plus. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan saya atau komen di bawah. Saya sedia membantu anda.
0 Ulasan