Kos untuk mendapatkan pendidikan
yang lebih baik pada masa sekarang ini bukan lagi tanda tanya bagi kita.
Kesinambungan pendidikan amat bergantung kepada kemampuan kita membiayai
pendidikan anak kita. Oleh itu, perancangan dari awal sangat membantu
meringankan perbelanjaan tersebut.
Bermula daripada bayi anda
dilahirkan, sehingga dia berumur 18 tahun itulah masa anda untuk menabung
sebelum membayar bil university yang tinggi. Sekarang pun dah pening, apatah
lagi jika 18 tahun yang akan datang?
Disini, saya akan kongsikan
dengan anda beberapa Cara Membuat Simpanan Pendidikan untuk anak anda.
Antaranya adalah:
Junior Savings Account
Membuka akaun junior untuk anak
anda adalah satu langkah yang terbaik untuk Simpanan Pendidikan. Ini boleh
memupuk disiplin menyimpan kita sehingga anak kita berumur 18 tahun nanti.
Kos untuk membuka akaun Junior
ini adalah bergantung kepada pihak Bank mana anda membuka akaun. Setahu saya
dalam RM100 sehingga RM300 minimum.Kalau ada duit lebih bukalah akaun mengikut
kemampuan anda. Dibayar dengan
interest yang agak tinggi berbanding akaun dewasa.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Pasti ramai yang tahu SkimSimpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang asaskan daripada Perbadanan TabungPendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau lebih dikenali sebagai badan yang
memberikan pinjaman pengajian tinggi.
Peminjam PTPTN diwajibkan membuka
akaun SSPN sebagai syarat pinjaman, selain itu anda juga boleh membuka akaun
SSPN untuk simpanan pendidikan anak anda dan hanya boleh dikeluarkan apabila
anak anda menjejak kaki di Universiti.
Polisi Insuran Pendidikan Anak (Child Education Policy)
Polisi Insuran Pendidikan Anak bukanlah
pilihan yang selalu orang buat. Tetapi polisi insuran ini memang wujud dan faedahnya
boleh membantu masa depan anak anda dengan baik. Polisi Insuran ini sebenarnya
sama dengan Insuran Nyawa tetapi akan ada tempoh matang dan boleh dikeluarkan
apabila anak anda mencecah umur masuk ke kolej atau university.
Akaun Deposit Tetap (Fix Deposits)
Akaun Deposit Tetap juga cara yang
terbaik untuk simpanan anak anda. Interest simpanan ini akan bertambah sama
macam umur anak anda. Dengan interest yang agak tinggi berbanding simpanan
biasa, nescaya simpanan ini akan bertambah banyak sehingga anak anda mulai
menjajkkan kaki di Universiti nanti.
Akaun SSPN-i Plus - PTPTN
Banyak kelebihan dan manfaat menabung dengan SSPN-i Plus ni, antaranya adalah pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun dan Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00
Perlindungan takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal tanpa melalui sebarang saringan kesihatan. - Baca sini
Banyak kelebihan dan manfaat menabung dengan SSPN-i Plus ni, antaranya adalah pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun dan Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00
Perlindungan takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal tanpa melalui sebarang saringan kesihatan. - Baca sini
Cara membuka akaun SSPN-i Plus - Buka Akaun Disini
Memupuk Budaya Menabung
Memupuk budaya suka menabung adalah amalan yang paling baik. Rasanya pilihan terakhir ini adalah intipati kepada semua pilihan diatas, tak ada niat menabung tak akan ada Junior Savings Account, SSPN, Polisi Insuran Pendidikan Anak, ataupun Fix Deposits Account.
Mula memupuk suka
menabung/menyimpan untuk kegunaan pendidikan anak anda dimasa hadapan.
Semoga bermanfaat!
4 Ulasan
betul tue. anak2 perlu dipupuk sifat menabung dr kecil lgi.thanks for info :)
BalasPadamIbubapa yng perlu memupuk budaya ini utk anak -anak :)
Padampada masa yang akan datang kos untuk pendidikan anak-anak semakin meningkat..
BalasPadamsaya ada 3 anak dari isteri pertama...tengah fikir juga bajet nie
Fikirkan baik2 tuan, umur dah makin meningkat ni.
Padam