Lifestyle & Informative Blogger

Rujukan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik 2019

Rujukan Ujian Psikometrik SPA 9 Jawatan Bulan Ogos 2019

Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah.

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu. Tetapi bagi calon, ianya lebih menekan. Calon tak kisah jawatan apa kan? Kita nak kerja. Nak ada gaji. Tak best pulak bila diuji macam ni..

Jadi tips penting supaya anda tak sangkut dalam ujian PSIKOMETRIK adalah:
  • TONJOLKAN NILAI POSTIF ANDA
  • SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

Senang tak? 

Kena faham, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti.

Susah nak terang semua. Rasnaya lebih mudah kalau anda buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa di tanya dalam ujian ini. Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu:
  • tip jawab soalan
  • contoh soalan
  • cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

Lihat data ini, ratusan ribu GAGAL setiap tahun... Data tahun 2017-2018 kita pejam mata dulu. Takut anda terkejut !
Rujukan Ujian Psikometrik SPA 9 Jawatan Bulan Ogos 2019


Bulan ogos ini saja terdapat 11 jawatan yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik. Antaranya adalah:

Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Sains)
(Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim)
(Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :16 Ogos 2019]

Pegawai Sains Gred C41
(Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim)
(Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :16 Ogos 2019]

Pegawai Hidupan Liar Gred G41
(Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN))
(Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :15 Ogos 2019]

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
(Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :15 Ogos 2019]

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Kejuruteraan Mekanikal) 
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
(Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :14 Ogos 2019 - 15 Ogos 2019]

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Kejuruteraan Elektronik) 
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
(Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :9 Ogos 2019]

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Elektrik)
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
(Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :8 Ogos 2019]

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Kejuruteraan Awam)
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
(Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :8 Ogos 2019]

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Pengajar Vokasional Teknologi Komputer Rangkaian)
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
(Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :8 Ogos 2019]

Operator Logi Gred H11
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
(Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :8 Ogos 2019]

Pengawas Hutan Gred G19
(Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)
(Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan :8 Ogos 2019]

Dah semak nama anda untuk ujian psikometrik kali ini? kalau belum, semak nama anda dibawah..


Memandangkan bulan Ogos ni banyak sangat Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Maka, tak salah kalau saya kongsikan panduan dan rujukan beserta contoh soalan ujian psikometrik untuk jawatan-jawatan diatas.

Rujukan Ujian Psikometrik SPA 9 Jawatan Bulan Ogos 2019


Ebook Ujian Psikometrik untuk kemasukan kedalam perkhidmatan awam inilah yang banyak membantu calon-calon ujian SPA. 

Untuk info lanjut tentang Rujukan Ujian Psikometrik SPA 2019 ini, sila klik sini - Ujian Psikometrik 2019

Semoga membantu.


EmoticonEmoticon