Lifestyle & Informative Blogger

Tarikh Pembayaran Dan Semakan BSH 2019 Fasa Pertama Sebanyak RM300

Tarikh Pembayaran Dan Semakan BSH 2019 Fasa Pertama Sebanyak RM300 | Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa pertama akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.
Tarikh Pembayaran Dan Semakan BSH 2019 Fasa Pertama Sebanyak RM300


Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
  1. Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  3. Warga emas sebatang kara


Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
  1. Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
  2. Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
  3. Bujang yang mempunyai tanggungan


Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Pihak Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat cepat sebelum bulan Februari 2019. Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Atas keprihatinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pembayaran BSH 2019 dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 Juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk 2 pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. 
Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.


MAKLUMAN TERKINI
  1. Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019
  2. Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) mulai 27 Disember 2018.
  3. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
  4. MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
  5. Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.


CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 kini boleh disemak secara atas talian dengan mudah. Caranya hanya masukkan nombor IC dan masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon anda.

Langkah 1: Layari https://bsh.hasil.gov.my/
Langkah 2: Masukkan no. kad pengenalan (IC/KP), klik Semak
Tarikh Pembayaran Dan Semakan BSH 2019 Fasa Pertama Sebanyak RM300

Langkah 3: Masukkan TAC number yang di SMS, dan klik Hantar
Langkah 4: Pilih bahagian Semak

Maklumat seperti berikut akan dipaparkan, tarikh permohonan BSH, Sumber, Status Permohonan BSH dan Tarikh Kemaskini BSH.
Tarikh Pembayaran Dan Semakan BSH 2019 Fasa Pertama Sebanyak RM300

Semoga membantu.


EmoticonEmoticon