Lifestyle & Informative Blogger

Honor 10 Lite – Smartphone Untuk Geng Selfie

Honor 10 Lite – Smartphone Untuk Geng Selfie | Jika kita lihat semula pengeluaran telefon pintar, pelbagai jenama ketika ini sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang boleh mencuri perhatian pengguna. Sudah pasti, semua pengeluar telefon pintar atau smartphone ingin memperkenalkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai teknologi yang canggih pada masa ini.

Antara jenama yang giat bersaing adalah jenama Samsung, Apple, Oppo, Vivo, Huawei, dan Honor. Setiap smartphone yang dihasilkan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing kepada pengguna. Semakin berkualiti semakin berpatutan harganya.

Berbeza dengan Honor yang sekali lagi tampil dengan memperkenalkan peranti dibawah siri Xtraordinary atau X iaitu Honor 10 Lite terbaru mereka. Smartphone mid-range ini memang khas untuk GENG SELFIE!

Honor 10 Lite – Smartphone Untuk Geng Selfie


Dengan harga yang mampu milik dan warna-warna yang memang ngam dan lawa gilaa! Smartphone ini memang saya rasa sesuai sangat dengan jiwa remaja sekarang. Kenapa saya cakap macam tu? Dibawah ini adalah 5 sebab kenapa Honor 10 Lite ini patut anda beli..


1. Variasi Warna Yang Memang Rare


Honor 10 Lite – Smartphone Untuk Geng Selfie

Honor 10 Lite didatangkan dengan 4 warna-warna yang menarik. Terdapat empat warna yang korang boleh pilih iaitu Sky Blue, Sapphire Blue, Shiny Red dan Midnight Black. Warna ni memang lawa gila!

2. Skrin Yang Besar 

Geng-geng yang suka tengok video youtube atau Netflix tu mesti suka screen besar macam Honor 10 lite ni. Honor 10 Lite mempunyai screen bersaiz 6.21 inci Full HD dan nisbah untuk screen to body ratio melebihi 90%. Geng selfie, kaki game PUBG, ML dan sebagainya pasti suka screen besar macam ni kan.

3. Khas Untuk Geng Selfie Dan Kaki Gaming

Honor 10 Lite ni memang dibuat khas untuk korang! Untuk kamera hadapan, Honor 10 Lite didatangkan dengan 24 Megapixel. Kamera hadapan ini juga dilengkapi dengan AI Multi-Frame Synthesis yang mana akan membantu pastikan selfie korang nampak lebih natural. Honor 10 lite ini juga dilengkapi dengan AI Selfie yang mana ianya mampu membezakan umur, skin tone dan jantina (wow!!) orang yang snap gambar selfie supaya gambar nampak lagi menarik.

Honor 10 Lite – Smartphone Untuk Geng Selfie

Lebih menarik lagi, Honor 10 Lite didatangkan dengan AIS iaitu Super Night Shoot yang membolehkan anda mengambil gambar waktu malam dengan fungsi anti-shake. Tiada lagi gambar berbintik-bintik kabur tu! Dengan Honor 10 lite gambar anda kelihatan macam professional photographer..hehe.

4. Boleh Connect Bluetooth Sekali Gus

Bluetooth connection memang wajib pakai kalau nak screen smart TV dengan smartphone korang. Selain tu, connect phone dengan wireless headphone pun memang selalu pakai dah sekarang ni, lebih selesa tanpa wayar berbelit-belit. Honor 10 Lite ni, korang boleh connect 3 bluetooth device sekaligus dengan smartphone korang. Bagi saya, Honor 10 lite nil ah smartphone pertama ada features 3 blotooth connection sekali gus!

5. Processor Lebih Canggih

Honor 10 Lite dilengkapi dengan “The Kirin 710” powerful chipset dan flagship-level Cortex-A73 core yang boleh mengurangkan penggunaan kuasa, lebih lancar dan prestasi yang baik. Terdapat 2 versi keluaran Honor 10 Lite yang korang boleh pilih samada 3GB RAM+32GB ROM dan 3GB RAM+64GB ROM. Dua-dua versi ini cuma berharga bawah RM800 saja!


Honor 10 Lite – Smartphone Untuk Geng Selfie

Honor 10 Lite ini mula dipasarkan pada 9 Jan 2019 lalu dan boleh dibeli dimana-mana pusat jualan handphone atau membeli secara atas talian melalui laman web Honor – www.hihonor.com.my atau dilaman web Lazada – www.lazada.com.my 

Boleh semak harga di Shopee jugak ye..

Tengah planning nak beli Honor 10 Lite ni. Tunggu bajet cukup je! Hehe..


EmoticonEmoticon