AliDropship is the best solution for drop shipping

Khamis, 10 Januari 2019

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 | Bagi calon yang sudah pernah menduduki Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh SPA ni, mungkin sudah ada gambaran bagaimana bentuk soalan-soalan yang diajukan. Namun, bagi anda yang pertama kali atau belum pernah menduduki ujian psikometrik ini, pasti anda akan tertanya-tanya soalan untuk apa Ujian Psikometrik.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19



Apakah Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik ini adalah satu penilaian tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih instrument untuk mengukur mengukur pola-pola tabuat dan tingkah laku seseorang itu. Secara ringkasnya, Ujian Psikometrik untuk mengukur dimensi berkaitan aptitude minda, kecenderungan minat dan personality.


Jawatan Apa Yang Memerlukan Anda Menjawab Ujian Psikometrik?

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. 
  1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  2. Pembantu Pendaftaran KP19
  3. Pembantu Arkib 
  4. Penghantar Notis N11
  5. Pembantu Awam
  6. Pembantu Pegawai Latihan
  7. Pembantu Tadbir N19
  8. Pembantu Penilaian
  9. Pembantu Hal Ehwal Islam 
  10. Pembantu Stiausaha Pejabat N19
  11. Dan, pelbagai jawatan gred 29 kebawah yang lain


Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tip penting untuk menjawab dengan baik bahagian Psikometrik ini adalah tidak perlu menjadi hipokrit! Bersikap seperti ini menjawab hanya akan sembunyikan keburukan anda. Pilih cara untuk menjawab dengan mengeluarkan kualiti yang baik dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, soalan ini dirangka khas oleh pakar psikologi yang berwibawa dalam menentukan  kebenaran jawapan anda. Skop peratusan lulus Ujian Psikometrik hanya SPA yang tahu.


Contoh Soalan Ujian Psikometrik 

1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti,
menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak


Contoh Soalan Matematik Psikometrik 

1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?
A. 25     C. 115
B. 35     D. 125

Jawapan : A

2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32

Jawapan : D

3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055.   C. 7.005
B. 8.065    D. 8.005

Jawapan : A

4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0

Jawapan : B

5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4

Jawapan : C

6. Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40  C. RM521.40
B. RM474.80  D. RM568.80

Jawapan : C

7. Bagi set data 6, 8, 10, 6, 5, 2, x, y kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x+y.
A. 17 C. 20
B. 18 D. 19

8. 125, 120, 110, X, 75, 50 apakah nilai X?
A. 105 C. 95
B. 100 D. 85

Jawapan : C

9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100

Jawapan : B

10. Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m


Dapatkan Rujukan Dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik 


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik, saya kongsikan dengan anda satu rujukan pantas lengkap untuk membantu calon-calon untuk menjawab soalan ujian Psikometrik. Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19



Nota: Rujukan Ujian Psikometrik ini juga sesuai untuk rujukan Ujian Psikometrik jawatan lain seperti yang saya senaraikan diatas. Ingat! ini rujukan umum untuk ujian psikometrik pelbagai jawatan maka, anda boleh mendapatkan Ebook ini walaupun bukan untuk jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19


[ Baca Juga ] - Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Semoga berjaya.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner