Lifestyle & Informative Blogger

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk Semua Jawatan Berkaitan SPA (Umum)

Ujian Psikometrik 2019 | Tahniah kepada anda yang sudah lulus Ujian Psikometrik yang dijalankan pihak SPA. Bagi sesetengah jawatan caloan akan dipanggil ke Ujian Psikometrik sebelum anda dipanggil untuk temuduga. Bagi jawatan lain, tiada ujian atau peperiksaan akan dijalankan namun untuk jawatan tertentu ada pemeriksaan fizikal akan dijalankan.


Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menilai calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.

Apa Itu Ujian Psikometrik SPA?

Ujian ini wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.

Tiada format tetap untuk soalan dan jawapan yang digunakan dalam ujian ini. Tetapi calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.

Pilihan jawapan pula boleh terdiri daripada 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.
  1. Ya atau Tidak
  2. Betul atau Salah
  3. Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  4. Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  5. Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  6. Dan lain-lain


Anda nak tahu tak apakah perkara yang boleh dinilai oleh SPA melalui ujian psikologi ini?


APA YANG DINILAI DALAM UJIAN PSIKOMETRIK?

Ada banyak perkara yang boleh dinilai oleh pihak SPA melalui ujian psikometrik yang diambil. Penilaian akan ditentukan oleh SPA sendiri supaya semua calon yang diambil untuk berkhidmat dengan kerajaan ini sememangkan mereka yang benar-benar layak.

Antara perkara yang dinilai oleh SPA termasuklah:

Apa Itu Ujian Psikometrik SPA?

  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin
  • Dan lain-lain


Disebabkan ujian psikometrik lebih bertujuan untuk menguji personaliti calon, maka tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.

Dalam ujian ini, sebenarnya sukar untuk anda menipu perwatakan diri masing-masing kerana soalan akan diulang beberapa kali dalam bentuk soalan yang berbeza bagi memastikan penilaian yang tepat.

Kekangan masa dan jumlah soalan yang banyak adalah cabaran utama anda ketika menjawab soalan psikometrik.

Anda ada masa kurang dari 1 saat untuk menjawab setiap soalan! Serius memang anda tidak ada banyak masa.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAMBIL UJIAN PSIKOMETRIK?

Ujian psikometrik SPA hanya boleh diambil secara online. Oleh itu anda perlukan talian internet dan juga laptop ataupun komputer. Anda boleh mengambil ujian menggunakan smartphone.

Tetapi disarankan supaya anda gunakan laptop ataupun komputer sahaja untuk menjawab soalan ujian.

Portal untuk ujian psikometrik online SPA boleh diakses melalui link di bawah ini.


Anda hanya mempunyai tempoh masa selama 24jam sahaja untuk menjawab soalan ujian secara online selepas menerima makluman dari SPA.

Pastikan ada selalu semak emel dan juga sms untuk makluman dari pihak SPA mengenai tarikh ujian anda. Sebab ada kes calon terlepas mengambil ujian ini kerana mereka tidak memeriksa emel mereka.

Yang menariknya, untuk ujian psikometrik ini anda boleh menjawab soalan ujian pada bila-bila masa sahaja asalkan ia diambil dalam tempoh masa yang ditetapkan.


BERAPAKAH JUMLAH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK YANG PERLU DIJAWAB?

Jumlah soalan dan tempoh masa menjawab akan dimaklumkan oleh pihak SPA.

Sebagai contoh, dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik. Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

Cuba anda kira, berapa masa anda anda ada untuk menjawab 1 soalan. 


CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA






LATIH TUBI CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK

Dalam ujian psikometrik, anda harus menonjolkan nilai positif dan sembunyikan nilai negatif pada diri anda.

Kena buat latih tubi untuk biasakan diri...itulah kuncinya!

Bila anda kurang buat latihan latih tubi, nanti mudah untuk anda terperangkap dalam perangkap soalan psikologi yang telah disusun.

Oleh itu rajin-rajinkan diri anda untuk buat latih tubi.

Anda suka tak kalau kami berikan anda:
  1. Tips menjawab soalan
  2. Contoh soalan psikometrik
  3. Cara menjawab soalan supaya tak tersasar
  4. Penerangan mengenai perangkap-perangkap psikometrik
  5. Penerangan mengenai apa yang bakal menggagalkan psikometrik anda


Semua ini boleh bantu anda untuk lulus dalam ujian psikometrik. Sekiranya anda betul-betul perlukan bahan rujukan, kami rekomen anda untuk dapatkan bahan rujukan ini. Lagi memudahkan anda untuk fokus study sebab semua bahan sudah dikumpulkan oleh pihak Tim Infokerjaya.


Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk Semua Jawatan Berkaitan SPA (Umum)
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk Semua Jawatan Berkaitan SPA (Umum)



Klik link diatas atau klik banner untuk maklumat lanjut.





Semoga berjaya.


EmoticonEmoticon