Khamis, 6 Disember 2018

author photo
Cara Pembayaran Balik Berdasarkan Jadual Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2019 | Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan mengenai keputusan isu pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Sedih, sebab perjuangan untuk menghapuskan pinjaman PTPTN ini gagal setelah Pakatan Harapan telah memegang kepimpinan Kerajaan. Usah berharap, kerana hutang yang diambil adalah wajib dilunaskan. Hutang mesti dibayar balik!

Pelaksanaan potongan gaji berkenaan bakal dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2019. Berikut saya kongsikan jadual potongan bayaran balik pinjaman mengikut tangga gaji peminjam:


Jadual Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2019



Kadar potongan gaji ini bermula dari 0% hingga 15%. Anda yang bergaji dibawah RM2,000 sebulan masih boleh membuat bayaran sendiri tanpa dipotong gaji bulanan anda. Pembayaran boleh dilakukan samada online banking, laman web PTPTN atau melalui kaunter PTPTN. Bagi yang bergaji RM2,000 keatas kadar potongan bermula 2%-15%.

Pengecualian membayar balik pinjaman hanya untuk mereka yang bergaji RM2,000 kebawah. Setelah mencapai RM2,000 potongan akan mula dikenakan. 

Ingat, hutang adalah wajib dibayar!

Semoga dengan usaha Kerajaan meringankan bebanan rakyat (peminjam) ini sedikit sebanyak membantu golongan berpendapatan rendah untuk lebih rajin dan berusaha memperbaiki tahap kehidupan mereka.

This post have 2 komentar

avatar
PeRdU cINta delete 6 Disember 2018 4:13 PTG

Bayarlah walau sedikit-sedikit jumlahnya.Lama-lama selesai juga.

Reply
avatar
Shahida Dzulkafli delete 6 Disember 2018 4:29 PTG

Bolehlah merancang jumlah untuk dibayar pada yang tak dikenakan pemotongan.. sebab hutangkan.. Still kena bayar..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post