Rabu, 19 Disember 2018

author photo
Bagaimana Membuat Pengeluaran Wang Daripada Wallet Aplikasi Boost | Pertamanya anda perlu menggunakan Premium Wallet untuk memindah keluar wang daripada Boost Wallet ke akaun bank anda. Untuk membuat pindahan keluar, sila ikuti langkah berikut:
Bagaimana Membuat Pengeluaran Wang Daripada Wallet Aplikasi Boost

1.  Pergi ke paparan "Profile" dan klik pada "Transfer out to bank"
Bagaimana Membuat Pengeluaran Wang Daripada Wallet Aplikasi Boost


2. Menurut peraturan Bank Negara, kami perlu mengesahkan butiran kad pengenalan/pasport sebelum membuat pindahan keluar. Hal ini adalah proses pengesahan satu kali ; klik pada panah merah di bawah untuk meneruskan.

3. Jika anda adalah rakyat Malaysia, sila ikuti pengesahan kad pengenalan seperti di bawah:

Langkah 1: Ambil gambar sisi hadapan kad pengenalan anda

Langkah 2: Ambil gambar sisi belakang kad pengenalan anda

Langkah 3: Ambil swafoto (selfie). Pastikan wajah anda jelas untuk proses pengesahan

4. Jika anda adalah warga asing, sila ikuti pengesahan pasport seperti dibawah:

Langkah 1: Ambil gambar halaman data pasport anda 
Langkah 2: Ambil swafoto (selfie). Pastikan wajah anda jelas untuk proses pengesahan

Langkah 3: Sahkan butiran yang telah diambil. Pastikan maklumat butiran dan klik pada butang anak panah merah untuk meneruskan

5. Pengesahan maklumat yang diberikan akan dilengkapkan dalam masa satu (1) hari bekerja (Isnin hingga Jumaat). Setelah pengesahan berjaya, anda akan diminta untuk memberikan butiran akaun bank anda.

Nota: JIKA pengesahan tertangguh melebihi satu (1) hari bekerja atau tidak berjaya, sila hubungi kami di support@myboost.com.my

6. Masukkan butiran akaun anda dengan memilih bank yang ingin digunakan. Klik pada butang "+" untuk menunjukkan senarai bank yang ingin dipilih.

7. Masukkan nombor akaun bank 

Nota: Sila pastikan nombor akaun yang diberikan tepat & anda adalah pemegang akaun tersebut

8) Masukkan amaun yang ingin dipindah keluar

9) Masukkan PIN transaksi 6 digit untuk memberikan kebenaran memindah keluar

10) Pindahan keluar anda akan dikemas kini dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja

11) Anda akan menerima notifikasi daripada Boost apabila transaksi telah disahkan oleh pihak bank


Perlukan lebih maklumat berkaitan Aplikasi Boost? baca juga entri dibawah ni..


[ Baca juga ] - Lebih 50,000 Peniaga Sudah Guna Aplikasi Boost Untuk Urusan Jual Beli

[ Baca juga ] - Apa Itu Aplikasi Boost? Kelebihan Guna Aplikasi Boost Untuk Perniagaan


Daftar Aplikasi Boost !

Aplikasi Boost – Google Play Store (Android)

Aplikasi Boost – Apple Store (iPhone)

Semoga membantu.



This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement