Selasa, 18 Disember 2018

5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya Yang Patut Anda Lakukan

Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya? Memulakan bisnes homestay boleh dikatakan mudah sekiranya anda mempunyai rumah atau bilik yang kosong. Berbeza dengan mereka yang baru memulakan Bisnes Homestay ini kerana baru merancang untuk membeli rumah ataupun membina rumah untuk dijadikan homestay.

Berikut beberapa tip untuk membantu pemilik homestay meningkatkan kadar booking.


1. Mencipta sesebuah tema
5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya
Sumber gambar: www.zine.my
Ramai pemilik homestay mempunyai tanggapan bahawa perkara ini adalah kurang penting tetapi hakikatnya, dengan mencurahkan sedikit usaha dalam menghiasi homestay berdasarkan tema yang tertentu, ini akan menjadikan homestay anda lebih unik daripada homestay yang lain.


2. Menjaga kebersihan dan penyelenggaran homestay
5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya
Sumber gambar: www.impiana.my
Ini merupakan tip yang paling asas kepada semua pemilik homestay. Pemilik homestay yang tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini dan akan mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan homestay mereka berada dalam keadaan yang baik.


3. Gambar yang menarik & berkualiti
5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya
Sumber gambar: www.chambres-hotes.fr
Mempunyai gambar yang berkualiti untuk homestay anda merupakan asset utama untuk menjayakan bisnes homestay. Gambar yang berkualiti akan memberikan tanggapan yang positif kepada tetamu yang sedia membuat penempahan.


4. Promosi berterusan di media sosial
5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya


Peningkatan kemudahan teknologi menjadikannya lebih senang kepada kita untuk mempromosikan bisnes secara online. Cara yang paling senang dan murah adalah untuk menangani aspek social media. Menyediakan sebuah halaman atau akaun untuk homestay anda merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan senang. Selain laman sosial, anda jga boleh lakukan promosi di Mudah.my, iBilik, Airbnb, Caricarihomestay dan sebagainya.


5. Menerima booking secara online
5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya
Sumber gambar: www.saggiamente.com
Pemilik homestay perlu menyediakan kaedah penerimaan booking secara online selain secara manual melalui social media dan aplikasi mesej ataupun mendaftarkan homestay di Airbnb. Ini akan memudahkan setiap orang yang ingin menyewa homestay anda membuat pembayaran pendahuluan. Selain itu, ini memberi keyakinan kepada mereka terhadap bisnes homestay anda. Di Airbnb, kebanyakkan pengguna aplikasi ini adalah pelancong asing yang berkunjung ke negara kita.


[ Baca Panduan ] - Ketahui Teknik Teknik Urus & Buat Duit Dengan Homestay


Semoga bisnes homestay anda berjaya dan tak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi Jutawan Homestay !

Artikel Berkaitan

5 Tips Buat Bisnes Homestay Berjaya Yang Patut Anda Lakukan
4/ 5
Oleh

Subscribe Here

Suka dengan artikel di atas? Silakan melanggan via email