AliDropship is the best solution for drop shipping

Khamis, 13 Disember 2018

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah

Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah | Graduan yang menamatkan pengajian setiap tahun bertambah. Peluang pekerjaan yang sedikit tetapi pengangguran yang banyak sedikit sebanyak menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara tidak begitu baik. Adakah rakyat Malaysia khususnya, terlalu memilih kerjaya?

Majoriti mahu bekerja dalam perkhidmatan awam, tetapi mereka tidak sedar peluang pekerjaan yang masih terbuka luas untuk mereka yang tiada tahap pendidikan sehingga Ijazah. Malah, mereka lebih berjaya jika dibandingkan dengan pemegang ijazah.

Disini, saya kongsikan dengan anda 15 kerjaya yang tidak memerlukan kelulusan ijazah untuk bekerja.


#1 - Agen Insurans

Proses untuk menjadi seorang ejen insurans adalah mudah. Anda perlu menduduki ujian Pre-Contractual Exam (PCE) dan Takaful Basic Examination (TBE). 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah

Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia adalah Prudential BSN Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Etiqa Takaful Berhad dan pelbagai syarikat lagi yang tidak disebutkan disini. Terbukti telah ramai yang berjaya malah ada yang berjaya menjadi jutawan. Menjadi ejen insurans memang banyak kelebihannya.

[ Baca ] – 8 Kelebihan Kerjaya Ejen Takaful Yang Ramai Orang Tak Tahu

Dengan modal ratusan ringgit, anda sudah boleh menjadi ejen takaful yang bertauliah. Terpulanglah nak menyertai syarikat mana pun. 


#2 - Penasihat Kewangan

Penasihat kewangan juga dikenali sebagai wealth advisor merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


#3 - Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan.

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang oil and gas seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia). Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi. Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. 


#4 - Safety And Health Officer (SHO)

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau lebih dikenali sebagai SHO adalah orang yang sangat diperlukan dalam industri pembinaan, pembuatan dan organisasi. Berdasarkan peruntukan undang-undang 29 (3) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa Pegawai Keselamatan dan Kesihatan hendaklah diambil kerja untuk menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan perjalanan selamat kerja di tempat kerja.

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Oleh itu, pihak Kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 pada 22 Ogos 1997 untuk mewajibkan pengambilan SHO bagi jenis industry yang dinyatakan dalam Perintah Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Kelayakan minima untuk memohon SHO adalah menghadiri kursus Peringkat Sijil/EDOSH, lulus peperiksaan di NIOSH dan mempunyai tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jika semuanya ada, maka anda boleh menghantar permohonan secara atas talian (MyKKP) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) untuk verifikasi. Sekiranya anda lulus verifikasi, baru anda diiktiraf sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) yang berdaftar/bertauliah. Gaji yang ditawarkan anggaran bermula RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.


#5 - Safety And Health Supervisor (SSS)

Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC],  kontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan  di tapak bina. Antara tugas penyelia keselamatan tapak bina adalah :

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah

  1. memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina;
  2. membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;
  3. memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan
  4. berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Sebelum anda menjadi SSS, anda perlu mengambil Kursus Penyelia Keselamatan Tapak Bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP seperti NIOSH dan CIDB. Anda perlu lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikenadalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP. Sekiranya permohonan lulus verifikasi, barulah anda akan diiktiraf sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) yang bertauliah. Gaji yang ditawarkan anggaran bermula RM1,500 hingga RM3,000.


#6 - Flight Attendant 

Untuk menjadi seorang Flight attendant atau lebih kita kenali sebagai Pramugari/Pramugara, anda mestilah berumur 18 tahun keatas dan pemegang lulusan Diploma atau GED. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah

Tetapi, sesetengah jawatan perlu menunggu sehingga umur mencapai 21 tahun untuk memohon. Sesetengah syarikat penerbangan akan mengadakan temuduga terbuka untuk mengisi kekosngan jawatan, jika anda berjaya barulah anda akan menjalani latihan.


#7 - Juruteknik Higien 1

Tugas seorang Juruteknik Higien 1 adalah menjalankan pemantauan pendedahan kimia di tempat kerja. Kerja sebagai Juruteknik Higien 1 bermula apabila sesuatu penaksiran risiko kepada kesihatan menunjukkan pemantauan pendedahan adalah dikehendaki atau perlu bagi memastikan penyenggaraan kawalan yang secukupnya tentang pendedahan pekerja terhadap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah




Kelayakan menjadi Juruteknik Higien 2 terdapat 4 pilihan:

Pilihan 1:
  1. Hygienist Industri yang diiktiraf
  2. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 1 (Bahagian II) yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 2:
  1. Minimum Diploma Lanjutan Higien Industri / Pekerjaan
  2. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 1 yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 3:
  1. Diploma Kejuruteraan atau Sains Tulen & Sains Gunaan
  2. Menghadiri kursus Juruteknik Higien 1
  3. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 1 yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Pilihan 4:
  1. STPM (Prinsipal dalam mana-mana subjek Sains) / Sijil Kejuruteraan Politeknik
  2. Menghadiri kursus Juruteknik Higien 1
  3. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 1 yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


#8 - Juruteknik Higien 2

Tugas seorang Juruteknik Higien 2 pula adalah untuk menjalankan penyiasatan, pemeriksaan atau pengujian system kawalan kejuruteraan di tempat kerja. Kelayakan menjadi Juruteknik Higien 2 terdapat 3 pilihan:

Pilihan 1:
  1. Hygienist Industri yang diiktiraf
  2. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 2 (Bahagian II) yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 2:
  1. Minimum Diploma Lanjutan Higien Industri / Pekerjaan
  2. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 2 yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 3:
  1. Diploma Kejuruteraan atau Sains Tulen & Sains Gunaan
  2. Menghadiri kursus Juruteknik Higien 2
  3. Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 2 yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


#9 – Pengapit (Assessor)

Pengapit pula adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Pengapit inilah yang menjalankan Chemical Hazard Risk Assessment (CHRA) ditempat kerja sekiranya bahan kimia tersebut jatuh dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000  . Untuk memohon, terdapat 5 pilihan kelayakan yang diberikan:

Pilihan 1:
  1. Hygienist Industri yang diiktiraf
  2. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)- Bahagian II yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 2:
  1. Ijazah / Diploma Lanjutan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan Pekerjaan atau Kesihatan Industri / Higien Pekerjaan
  2. Menghadiri kursus Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)
  3. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) - Bahagian II yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Pilihan 3:
  1. Ijazah Perubatan, Kejuruteraan, Fizik, Kimia, Biokimia, Ergonomik atau Sains Tulen & Sains Gunaan
  2. Menghadiri kursus Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)
  3. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Pilihan 4:
  1. Ijazah Sains (Persekitaran & Kesihatan Pekerjaan) dari UPM – bermula Januari 2006
  2. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) yang dikendalikan oleh NIOSH
  3. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Pilihan 5:
  1. Diploma Perubatan, Kejuruteraan, Fizik, Kimia, Biokimia, Ergonomik, Sains Tulen & Sains Gunaan atau Kejururawatan
  2. Menghadiri kursus Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)
  3. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


#10 – OYK Bising

OYK bermaksud Orang Yang Kompeten. OYK Bising merupakan orang yang kompeten menjalankan pemonitoran pendedahan bunyi bising ditempat kerja. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Untuk berdaftar sebagai OYK Bising, anda ada pilihan untuk memenuhi kelayakan:

Pilihan 1:
  1. Certified Industrial Hygienist yang diiktiraf
  2. Lulus peperiksaan OYK (Bahagian II) yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 2:
  1. Minimum Diploma in Occupational / Industrial Hygiene
  2. Lulus peperiksaan OYK yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 3:
  1. Minimum Diploma in Acoustic Engineering
  2. Lulus peperiksaan OYK yang dikendalikan oleh NIOSH

Pilihan 4:
  1. Minimum SPM / MCE
  2. Menghadiri kursus Pemonitoran Pendedahan Bising
  3. Lulus peperiksaan OYK yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Pemonitoran Pendedahan Bising


#11 - Non-Destructive Testing (NDT)

Dalam industry pembuatan, banyak jentera yang berisiko tinggi digunakan, misalnya Dandang Stim, Pengandung Tekanan Tak Berapi, dan Mesin Angkat (Overhead Travelling Crane dan Chain Hoist). Bagi memastikan jentera ini adalah selamat digunakan JKKP mengkehendaki pihak majikan menjalankan Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Test) bagi bahagian-bahagian yang berisiko dan terdapat kecacatan. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Selain NDT / UTM , Ujian Ketebalan atau Ultrasonic Thickness Gauging juga banyak digunakan bagi menguji ketebalan vessel. Kursus NDT ada dijalankan di NIOSH, CIDB dan pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia.


#12 – Jurutera Stim Gred 2/Enjin Pembakaran Dalam (EPD) Gred 1 & 2

Boleh dikatakan, setiap kilang sawit di Malaysia ini mempunyai Jurutera Stim Gred ½ dan  EPD Gred 1 & 2. Ini kerana kilang pemprosesan mempunyai Dandang Stim dan Generator Set yang mempunyai kapasiti yang ditetapkan oleh JKKP Malaysia. 


#13 - Scaffolder (Pengendali Perancah)

Kursus untuk pengendali perancah boleh didapati di CIBD, NIOSH dan pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia. Kerjaya dalam bidang ini mempunyai 2 tahap iaitu tahap 1, 2, 3. Sekiranya anda telah mencapai tahap 3, anda boleh memeriksa pepasangan perancah atau lebih dikenali sebagai Scaffolder Inspector. Peluang kerjaya luas, tapak pembinaan bangunan banyak dan memerlukan perkhidmatan anda memasang, dan memeriksa perancah.


#14 – Kren Operator

Operator kren terbahagi kepada 3 jenis iaitu operator kren untuk Kren Bergerak, Kren Berantai dan Kren Menara. Kren bergerak yang dimaksudkan ialah Mobile Crane, Rough Terrain Crane manakala jenis berantai adalah Crawler Crane. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Satu lagi, operator untuk kren menara. Peluang kerjaya? Anda harus berterima kepada JKKP Malaysia kerana mewajibkan jentera berat ini dikendalikan oleh Operator Kren yang kompeten. Gaji dianggarkan mengikut pajakan atau bulanan.


#15 – Penguji Gas Bertauliah/Penyelia Kemasukan (Confine Space)

Setiap kemasukan kedalam ruang terkurung (confined space) haruslah mengikut undang-undang yang ditetapkan JKKP Malaysia. Tujuan pengujian gas didalam ruang terkurung adalah untuk memastikan tahap kandungan atmosfera adalah mencukupi dan bebas bahan kimia berbahaya. Setiap kemasukan harus diuji terlebih dahulu. Manakala untuk kerja-kerja didalam ruang terkurung mesti ada Authorize Entrant (AE), Standby Person (SP), Authorize Gas Tester (AGT) dan Entrant Supervisor (ES). Kursus untuk semua ini boleh diambil di NIOSH dan pusat-pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia. 

15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah


Kelayakan?
  1. Minimum SPM atau setaraf dengannya dan kredit dalam subjek Sains atau sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains
  2. Menghadiri kursus AE-SP dan AGT-ES
  3. Lulus peperiksaan AE-SP dan AGT-ES yang dikendalikan oleh NIOSH
  4. Minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang ruang terkurung


Ini adalah kerjaya yang tidak memerlukan kelulusan tinggi untuk syarat kelayakan. Apa yang diperlukan adalah minat dan usaha. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan untuk berjaya.

Semoga dengan perkongsian 15 Kerjaya Di Malaysia Tanpa Perlu Kelulusan Ijazah ini membuka minda anda untuk menceburi salah satu kerjaya diatas.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner