AliDropship is the best solution for drop shipping

Rabu, 28 November 2018

Pasar Malam Keningau Viral, Harga Sayur RM1 Sahaja

Pasar Malam Keningau Viral, Harga Sayur RM1 Sahaja | Perjalanan ke Keningau, Sabah memakan masa 2 jam 30 minit dengan jarak 105 KM dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan ini lebih singkat jika melalui Jalan Keningau-Kimanis. Walaubagaimanapun, keadaan jalan memang tinggi kerana melalui banjaran yang panjang. Jika anda belum pernah ke Keningau, melalui jalan Kimanis anda akan melalui banjaran Crocker. Di sini, terdapat Crocker Range National Park yang hebat diperkatakan.

Setibanya anda di Keningau, anda boleh membuat Pilihan Hotel yang ada di sekitar Bandar Keningau sesuai dengan bajet anda. Jika nak merancang percutian disini, lebih baik membuat tempahan awal untuk Hotel di Traveloka , Agoda  atau Trivago . Dilaman web ini anda akan menikmati diskaun potongan harga yang menjimatkan.


Pasar Malam Keningau, Harga Sayur Cuma RM1 

Kali ini, saya berkesempatan menjalankan tugasan luar di kawasan Keningau. Jika datang ke Keningau, lokasi wajib untuk datang adalah Pasar Malam Keningau..saya suka datang sini bukanlah sebab ramai sumandak tapi boleh membeli pelbagai makanan dan minuman untuk makan malam. Sambil itu, boleh melihat-lihat jualan sayur, pakaian bundle dan peralatan elektronik yang dijual di kawasan ini.

Tahukah anda?

Harga sayur cuma RM1 ada di Pasar Malam Keningau? Ya, betul…nasib baik saya out station kalau tinggal sini memang dah beli sayur Paling Murah ni. 

Pasar Malam Keningau Viral, Harga Sayur RM1 Sahaja

Pasar Malam Keningau Viral, Harga Sayur RM1 Sahaja

Pasar Malam Keningau Viral, Harga Sayur RM1 Sahaja

Dengan harga RM1, anda akan dapat besar ikatan sama macam ikatan sayur berharga RM2 atau RM3 di pasar tani biasa atau supermarket.

Kalau datang Keningau bercuti dengan keluarga, bolehlah beli sayur ni untuk dimasak. Beruntung sungguh orang Keningau kan? Harga sayur cuma RM1 !

Saya sempat bertanya kepada Mak Cik yang menjual sayur ni, “sayur ni tanam sendiri atau beli pajak?” dia jawab, “sayur ni tanam sendiri, ada juga tolong kawan jual” …

Lokasi pasar ni betul-betul berada di belakang bangunan RHB Bank atau Shento Hotel. Jalan kaki dari Shento Hotel pun boleh sampai, sekejap je...

Semoga rezeki peniaga pasar malam Keningau ini bertambah-tambah dan kita boleh bantu mereka viralkan pasar mala mini biar ramai yang datang membeli..

Silakan share ya..

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner