AliDropship is the best solution for drop shipping

Sabtu, 4 Mac 2017

Terima Komisen Klikjer Affiliate Febuari 2017

Terima Komisen Affiliate Klikjer Febuari 2017 | Bulan Febuari 2017 merupakan bulan ke lapan saya menyertai affiliate klikjer.com. Berbekalkan sedikit ilmu SEO hasil belajar daripada artikel Mat Salleh dan hasil carian google di Malaysia dan Indonesia, saya berjaya menjana pendapatan melalui affiliate dengan hanya melalui platform blog.

Terima Komisen Klikjer Febuari 2017
Email Notification Jualan Daripada Klikjer

Serius, bulan Febuari ini memang bulan bertuah bagi saya. Target saya pada bulan Febuari adalah menjana pendapatan melalui blog dengan 4 angka. Sesungguhnya rezeki itu Allah yang tentukan! hasrat mencapai 4 angka termakbul dengan beberapa pencapaian baik melalui penulisan dalam blog ini.

Antaranya adalah:
  1. Collaboration - RMXXX
  2. Menang Contest SEO (Tempat Ketiga) - RMXXXX
  3. Affiliate - RMXXX
Bagi sesetengah blogger, mereka tak suka berkongsi tentang income blog mereka namun bagi saya ia adalah perlu untuk menilai tahap pencapaian kita dalam penulisan. Kita semua memberi manfaat kepada orang lain, sebagai hasilnya kita memperoleh komisen duit hasil perkongsian tersebut. 

Terima Komisen Klikjer Febuari 2017
Duit Komisen Telah Dikreditkan Ke Akaun Affiliater

Komisen Affiliate Klikjer sudah pun dimasukkan ke dalam akaun. Komisen ini dimasukkan 2 hari awal daripada tempoh yang diberikan oleh Admin Klikjer, Tuan Mohd Suhaimy a.k.a Shuth. Untuk jualan bulan Febuari, saya hanya berjaya menjual 3 Ebook dan ini bermakna ini adalah jualan yang ke 15, 16 dan 17. Dengan rombakan kadar peratusan komisen yang terkini, saya masih di level 1 iaitu 50%. Target saya lepas ni nak gapai level dewa affiliate klikjer dengan komisen 70%. Perlu merangkak jauh lagi ni..

Ramai yang bertanya tip yang saya gunakan ketika memenangi Contest Seo - Bedak Asmak tu. Saya masih belum berkesempatan untuk menulis entry tersebut, jika diberi kelapangan saya akan menulis sedikit perkongsian untuk korang. 

Buat masa ini, ada 2 Contest SEO yang masih berjalan iaitu Kerja Dari Rumah Dengan iLancee (anjuran Ahmadfaiz.com) dan Belajar Buat Blog (anjuran coretananuar.com). Sesiapa yang nak cuba nasib, bolehlah menyertai contest SEO ni. Tip paling penting, jangan rendah diri bila bersaing dengan blogger lama atau otai, gunakan sepenuhnya teknik seo yang terbaik, biar google tentukan artikel blog mana yang menambat hati dan 'seksi' di enjin carian mereka..hehe.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner