AliDropship is the best solution for drop shipping

Jumaat, 17 Mac 2017

Kembali Bermain Boling Setelah 2 Tahun Berehat

Kembali Bermain Boling Setelah 2 Tahun Berehat | Selama 2 tahun lebih berehat bermain boling, kini kembali semula dengan hobi yang telah ditinggalkan. Kali terakhir bermain boling ketika pertandingan persahabatan boling dengan Sarawak Energy Berhad (SESCO) di Megalanes Emart Batu Kawah, Sarawak. Berhenti bukan kerana 'pencen' tapi ianya bermula sejak isteri melahirkan anak lelaki kami yang sudah berumur 2 tahun 2 bulan dan selama itulah saya merehatkan diri bermain boling. 

Apa yang 'hilang' setelah 2 tahun berehat?
  1. Bola boling rosak, pecah, merekah kerana terlalu lama disimpan di stor rumah.
  2. Skill tumpul, perlu bermain 2 atau 3 game baru dapat rentak balingan semula.
  3. Hilang kawan bermain, semua sibuk dengan keluarga masing-masing

Kembali Bermain Boling Setelah 2 Tahun Berehat
Free Game Voucher From Riverside Superbowl

Tak sangka hari ini dapat 'durian runtuh' ! dapat pulak 30 Free Game Voucher daripada Riverside  Superbowl Management Sdn Bhd. Voucher ni memang nak pujuk saya bermain balik lah ni haha..memang dah planning nak start bermain lagi cuma masa saja yang kurang mengizinkan..


Main boling tak lah hebat, tapi bolehlah kampung-kampung haha..

Hari ini sempatlah bermain sebentar, bermain dengan In-House Ball memang susah. Lubang jari terlalu besar dan mudah terlepas dari tangan. Nampak gayanya, saya perlu membeli bola boling yang baru. Nak beli mahal-mahal memang tak mampu, kita beli yang termampu saja lah nanti kan..hehe..

Sukan Jabatan di Johor Bharu akan bermula bulan hadapan, saya dan 4 orang pegawai lain akan mewakili Kuching, Sarawak. Diharap bolehlah menyumbangkan sedikit tenaga untuk Jabatan nanti. 

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner