AliDropship is the best solution for drop shipping

Jumaat, 3 Mac 2017

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap Di Kuching

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap Di Kuching | Penggemar burger pastinya tahu apa itu Charcoal Bun Burger ni. Burger ini juga dipanggil sebagai Burger Hitam dalam versi bahasa Malaysia, sebab roti yang digunakan untuk burger ini berwarna hitam. Nampak lain daripada burger yang lain, tapi unik dan kreatif.
[ Jom Baca ] - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak rasanya tak banyak lokasi menyediakan Charcoal Bun Burger ni. Namun, terdapat beberapa tempat yang menjualnya. Kali ini, saya berkesempatan membeli Burger Hitam (bukan awang hitam ye haha) atau Charcoal Bun Burger di salah satu Food Truck di  hadapan Matang Mall, Matang Jaya Kuching.

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap

Yahhh, inilah dia Burger/Food Truck bagi Kuching Food Kartel. Sebelum ini, mereka bergerak sendirian dan boleh ditemui di Kuching Waterfront. Namun, sekarang ini terdapat 9 buah Food Truck yang bergerak bersama dan mereka akan berkumpul di satu-satu tempat yang terdapat ramai orang.

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap

Charcoal Bun Burger ni ada banyak nama bagi setiap jenis burger yang dijual. Keunikkan nama burger ini memang akan menarik minat pelanggan untuk mencubanya. Antara resipi burger yang dijual adalah:
  1. Burgerlap
  2. Cheese Scene
  3. Dark Raider
  4. Hot Shot
  5. Hot Attack
  6. Smooth Cream
Salah satunya adalah Dark Raider, saya beli Dark Raider sebab tak nak anak lelaki saya makan yang pedas-pedas. Biasalah kalau dah anak ni, dia akan makan apa yang kita sedang makan. Ditambah dengan daging lembu (beef) dan percuma Cheese. Burger ini dimasukkan dalam bekas ecoPlastic yang boleh dipanaskan di dalam microwave. 

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap

Burger Hitam ini dipanggil Dark Raider Burger. Perghh,memang nampak menyelerakan bukan? dengan lelehan sos tu...tak tau nak kata apa dah..

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap

Bekas ecoPlastic dah buka, maksudnya nak makanlah ni..jangan tengok muka tenang tu tak terliur..hehe..


Untuk pengetahuan anda, Kuching Food Kartel ini banyak dipanggil untuk Private Event & Party. Kuching Food Kartel juga menawarkan perkhidmatan Burger Delivery dikawasan Kuching. 

Charcoal Bun Burger Food Truck Paling Sedap

Untuk mengetahui lokasi terkini dan menempah burger delivery, anda boleh menghubungi mereka melalui beberapa cara dibawah:

Hotline: 012-8965815 

Jom serbu Food Truck Kuching Food Kartel !

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner