Permohonan Kemasukan Ke Institut Teknologi Petronas (INSTEP) | Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan untuk menyertai keluarga Oil & Gas Petronas di Institut Teknologi Petronas (INSTEP) yang berlokasi di Dungun, Kuala Terengganu, Malaysia akan dijalankan pada bulan November 2016 ini.
![]() |
Sumber | Petronas.co.my |
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia yang masih bujang.
- LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ;
- Mempunyai latar belakang subjek sains tulen atau sekolah teknikal ( Fizik / Kimia/ Kejuruteraan )
- Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada 1 Januari 2017.
- Sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.
- BMI tidak melebihi 30 pada waktu memohon.
- Keutamaan diberikan kepada mereka yang aktif di dalam sukan dan aktiviti kepimpinan.
- Pemohon yang sedang/telah mempunyai ijazah sarjana muda/master tidak digalakkan memohon.
Program Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan sesi kali ini.
PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (PTP-1) - 1 Tahun
Bidang yang ditawarkan dibawah program ini..
- Elektrical
- Mechanical
- Makmal
- Instrumentasi
- Proses dan Pengeluaran
Program ini mengambil masa 1 tahun, dimana anda akan menjalani latihan selama 6 bulan di Institut Latihan Petronas (INSTEP) di Kuala Terengganu, Terengganu. Kemudian, latihan praktikal atau On-Job Training di Pelantar Minyak Off-Shore mahupun di On-Shore.
Iklan permohonan latihan- Klik Sini
Cara Memohon - Mohon Sini
Tempoh Permohonan Baru: 15 November - 25 November 2016
Panggilan temuduga untuk menyertai latihan INSTEP-PETRONAS ini akan dijalankan di seluruh Malaysia pada bulan Disember 2016 ini. Untuk makluman awal berdasarkan pengalaman saya menghadiri temuduga ini, ada 2 bahasa yang akan digunakan untuk temuduga iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Persiapkan diri anda dengan pakaian kemas temuduga, resume yang lengkap, salinan sijil-sijil berkaitan (susun dalam satu fail). Perlukan rujukan lengkap untuk temuduga? rujuk panduan temuduga ini - Rahsia Bijak Temuduga
Perlukan panduan membuat resume kerja yang terbaik? - Panduan Buat Resume Terbaik
Semoga berjaya dipanggil temuduga ye dik!