AliDropship is the best solution for drop shipping

Rabu, 28 November 2018

Pinjaman Peribadi Khas Untuk Gaji Bawah RM1500 Sebulan

Pinjaman Peribadi Khas Untuk Gaji Bawah RM1500 Sebulan | Berhutang bukan satu tabiat yang baik, malah boleh menjejaskan kehidupan seharian kita jika tidak membuat perancangan dengan baik. Tetapi, sekiranya perlu untuk berhutang untuk menyelesaikan masalah atau hutang lain itula sebabnya anda perlu tahu jenis pinjaman apa yang anda perlu pohon dan sesuai dengan kedudukan kewangan anda.


Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Bawah RM1500 Sebulan

Jika anda ingin membuat pinjaman peribadi tetapi gaji RM1500 atau dibawah. Jangan risau kerana pihak bank ada menawarkan pinjaman peribadi khas untuk anda. Terdapat 6 buah bank tempatan dan institusi kewangan lain di negara ini menawarkan pakej pinjaman peribadi dengan mengenakan syarat minima gaji berdasarkan terma dan syarat.

Pinjaman Peribadi Khas Untuk Gaji Bawah RM1500 Sebulan

6 buah bank dan institusi kewangan tersebut adalah seperti senarai dibawah:

1. RHB Bank

- RHB Easy Pinjaman Ekspress (Gaji Mininum - RM1500)
- RHB Pensioner Personal Financing-i (Gaji Mininum - RM750)
- RHB Personal Financing-i Civil Sector (Gaji Mininum - RM1000)

2. AEON Credit Sevice - iCASH Personal Financing (Gaji Minimum - RM800)

3. Bank Rakyat

- Personal Financing-i Private (Gaji Minimum - RM1000)
- Pembiayaan Peribadi-i Rakan Pintar (Gaji Minimum - RM1000)
- Personal Financing-i Public (Gaji Minimum - RM1000)

4. Public Bank - BAE Personal Financing-i (Gaji Minimum - RM1500)
5. AmBank - Islamic Personal Financing-i (Gaji Minimum - RM1500)
6. CIMB Bank - Xpress Cash Financing-i (Gaji Minimum - RM800)

Perlu diingatkan bahawa walaupun anda mempunyai gaji seperti dinyatakan diatas, itu tidak bermakna permohonan pinjaman anda diluluskan. Pihak bank akan menyemak nama anda terlebih dahulu samada dari segi komitmen bayaran bulanan, rekod pinjaman yang pernah dibuat (jika tak pernah buat loan, peratus lulus agak tipis kerana pihak bank tidak yakin anda), cara pembayaran gaji, rekod CCRIS dan CTOS, dan senarai hitam (jika pernah menjadi penjamin).


Perbandingan Pinjaman Peribadi Berpendapatan Rendah

Untuk membandingkan pinjaman peribadi dengan lebih teliti, anda boleh melayari iMoney dan klik pada tab 'Loans' kemudian pilih 'Personal Loan' dan klik pada 'Low Income'. Senarai yang saya terangkan diatas akan terpapar dengan jelas. 

Pilih pinjaman mana yang menawarkan faedah rendah dan promosi terkini yang ditawarkan oleh pihak iMoney.com


Cara Memohon Pinjaman Peribadi

Apa yang anda perlu buat adalah, klik pada button APPLY NOW dan isikan maklumat yang diminta.  Tunggu dalam masa 3 hari bekerja untuk pihak bank menelefon anda bagi proses seterusnya, dinasihatkan untuk menyediakan dokumen yang lengkap seperti yang diminta untuk melancarkan proses kelulusan pinjaman anda.

Pilihan ditangan anda, saya hanya mengongsikan maklumat ini bagi memudahkan pemilihan dan permohonan pinjaman anda.


Mohon pinjaman peribadi disini - Pinjaman Peribadi Khas Untuk Gaji RM1500 

Semoga membantu.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner