AliDropship is the best solution for drop shipping

Isnin, 23 Julai 2018

Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online

Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online | Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, banyak perkara kita boleh buat dengan hanya touch screen handphone. Termasuklah menukar Kad ATM atau Kad DEBIT.
Nak melabur saham? - Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan
Untuk perkongsian kali ini, aku nak bagitau dengan korang bagaimana Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online tanpa pergi ke kaunter cawangan bank tersebut. Caranya amat mudah sekali, ikuti langkah-langkah yang aku bagitau dibawah ni:

Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Melalui Maybank2u

Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u seperti biasa.


Langkah 2: Klik pada gambar Kad ATM/Debit Maybank yang tertera tulisan - Replace your Maybank Debit Card Via M2U.

Langkah 3: Masukkan alamat, contact number dan klik Confirm.


Langkah 4: Berjaya! anda akan dibawah ke paparan seperti diatas. Diingatkan bahawa, permohonan untuk menukar kad Debit secara online akan mengambil masa 14 hari bekerja.
Info Unit Trust - Teknik Menggandakan Keuntungan Pelaburan Unit Amanah
Sangat mudah kan? Kad ATM/Debit lama bolehlah gunting dan buang. Tapi, tunggu kad baru ni sampai dulu takut nanti tak dapat nak keluarkan duit..haha..
Baca - 5 Tip Memilih dan Memohon Kad Kredit Secara Online
Aku punya kad baru dijangka tiba sebelum 7 Ogos 2016 nanti. Korang punya dah tukar ke belum?

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner