AliDropship is the best solution for drop shipping

Ahad, 17 Julai 2016

Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2016/17

Untuk makluman, SSPN-i Plus yang kini masuk tahun kedua sejak dilancarkan dan baru saja mengadakan cabutan terakhir pada 14 Julai yang lalu untuk Cabutan WOW! SSPN-i Plus untuk 2015/16. Tahniah kepada pemenang-pemenang cabutan tersebut.


Inilah barisan para pemenang Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2015/16. Simpanan serendah RM50 sebulan sahaja pun sudah layak menyertai cabutan WOW ini.





SSPN-i Plus ini bakal meletup di Malaysia! kenapa perlu 'meletup'? sebab menabung dengan SSPN-i Plus ada banyak kelebihannya.
Baca - Banyak Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus


Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/17 Tawar Lebih Banyak Hadiah

Berita baik untuk anda, SSPN-i Plus akan mengadakan Cabutan Wow untuk sesi 2016/2017 dengan penambahan hadiah-hadiah yang sangat-sangat lumayan. Mari kita lihat, apakah hadiah-hadia hmenarik yang bakal kita menangi.



Nampak tak hadiah-hadiah ni? Wow! memang gempak lah, jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 Juta, Dimana, terdapat cabutan setiap 3 bulan dan cabutan tahunan.

Siri Cabutan 1 - Tempoh promosi 1 Julai 2016 sehingga 30 September 2016
Siri Cabutan 2 - Tempoh promosi 1 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2016
Siri Cabutan 3 - Tempoh promosi 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017
Cabutan Tahunan - 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017

Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah lumayan daripada Cabutan Wow! SSPN-i Plus sambil menabung untuk pendidikan anak, dilindungi insuran dan boleh menang cabutan lagi.


Saya sendiri dah buat akaun SSPN-i Plus untuk anak lelaki saya. Dan, kalau ada rezeki bulan September 2016 layak untuk cabutan Wow suku tahun pertama.
Baca - Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
Baca- Cara Penambahan Akaun SSPN-i Plus Secara Online



Nota: Pelan pendidikan anak sangat penting. Kita dah didedahkan dengan keistimewaan serta kelebihan menabung dengan SSPN-i Plus yang tidak akan ada dengan simpanan-simpanan lain di Malaysia. Jadilah ibubapa yang bijak demi masa depan pendidikan anak lebih cerah.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner